Mar 9, 2011

Wah! Bestnye Melaka!



ok2.. di sebabkan terpakse n dipakse oleh kawan-kawan, haruslah buat entry aku jalan-jalan kat melaka. *slalu aku update 2 bulan lepas tu.. hahaha. nasib la korang. suke yer aku buat entry lawak-lawak.. hee~




lepas kenduri kat umah ayue, dalam pukul 3, kitorang gerak cepat-cepat la nak pegi bandar hilir kan.. yela.. nak beli cencaluk.. cencaluk n cencaluk.. hahaha.on the way nak pegi melaka pun siap pesan ngan zuzoo "ingatkan aku yer nak beli cencaluk kat melaka nannti, mak pesan". last-last bende tu yang aku lupe nak beli. hahaha




so, dari rumah ayue tu aku ikot gerak hati jer drive. mane la tau jalan. tanya pengikut-pengikut dalam kereta tu lagi la. hampeh!! langsung tak tau. berbekalkan gerak hati yang bajet betul ni, sampai jugak ke bdr hilir! yeah!*ok, sebenarnye tengok signboard T__T . dalam kereta dah berlemuih dengan peluh.





sampai jer terus parking tepi jalan. haruslah berdoa supaya tak kene saman kan.. yela. tempat orang, takot kang melayang lak fulus! hee~
dah2.. rentikan membebel tu. jom layan gambar~~



sampai-sampai jer terus tangkap pic pakcik ni.. comel jer.. heehehe
ala.. tak dapat naik beca la.. lain kali yer! rm20 kalau nak ronda2 satu melaka ni tau!


gambar dengan kapal besar harus lah ada. tak sempat nak masuk. panas kot cuaca kat situ. kalo perah baju maunye sebaldi peluh dapat.. kah3!
ok, teringat waktu rombongan dulu. mesti la pegi sini kan..kan T__T


gambar bajet pelancong haruslah ada.
padahal makan kedondong jer pun. hahah
 tengah2 panas ni tekak pun haus n lapar.



menara taming sari. satu pembangunan yang pesat yer kat melaka ni. tak naik pun. lain kali haruslah naik sebab boleh tengok satu bandar melaka ni. rm10 kalau tak silap. *rupe dah macam solero shot kat genting tu. nasib la tak turun laju-laju. mengerikan TT_TT





lepas beli barang kat sebelah bangunan kapal tu *tak ingat lak nama bazar tu, perot lak lapar. dah siap ngidam asam pedas melaka lagi. memang terbaik la! cuma mahal sikit rm7 semangkuk + nasi putih. korang kalau tau tempat murah n sedap nak makan asam pedas rodger2 jer kat aku eh! maveles!!!




ok. yang sedapnye lauk kat atas meja tu eh! bukan orang-orang yang kat belakang tu.. hahah. tu pasal gambar sekerat jer.. lalalala







waktu kecik-kecik dulu kan slalu naik kereta lembu kat padang pahlawan ni. skarang tinggal kenangan jer T__T ade replika lembu je.  jadi la kan. ok, aku lagi comel dari lembu tu kan..kan..hahaha



bila ada 2 ekor lembu, haruslah ada 2 orang tuannye.. hahah
melaka=kereta lembu.
ala.. rindunye nak naik!!



gambar poyo berdua dengan pakcik haruslah ada.
pakcik sedang berposing macho yer kawan-kawan.. hahaha
tapi..tapi.. perotnya dong! adess! T__T sila cover yer perot tu pakcik!



gambar nak melompat tapi tak termampu nak lompat sebab terlebih muatan. hahah.. jadi la kan kalau sebelah kaki jer yang lompat.lalalala



permaisuri menyuruh askarnya menyerang portugis! yeah!
yang kat blakang tu dayang yer tuan puan.. hee~



dilarang meniru aksi ini kalau korang tu under age. hahaha
bapak panjang muncuk tu. boleh siap sangkut hanger lagi!




di depan kota A`famosa. dulu warna batu tu macam lain jer.. ke aku yang salah tengok ni T__T


aksi candid askar dan dayang istana yer.
amboi, sungguh asyik mereka yer. nak kena ni! hahah




ok! naik tangge ni paling penat skali. haissh!! tinggi ooOO.
padahal dah lame tak bersukan. tu yang semput tu.. domok!!!

aksi bebudak lelaki bile nak kene posing.
haruslah tak pandang kamera kan. dah agak dah!
gambar poyo korang neh! kat sebelah tu barang2 yang aku shopping la.
tak sempat beli cencaluk pun. terus tak ingat bila dah kecikk..kecikk! *bunyi menangkap gambar dengan kamera. dem~



pic yang bajet kapten la neh!
sebelah Alfonso de al..al.. ok! sila bukak buku sejarah!
ari tu tak sempat nak mendalami sejarah. keje nak menangkap gambar jer. hehehe



ni die! si askar membuat muke doraemon. hahaha
ko ingat ko comel buat begitu? asal tunjuk pipi tembam tu?? hahaha



bila nak menggedik, haruslah ajak pakcik ni same.
supaya menjadi double gedik.. muahahaha
dah macam orang thailand jual barang lak aku tengok pakcik ni. hahah



hahah. gambar love gomok yang tak jadi.
dah macam bentuk telur ayam aku tengok.
alamak! pakcik menunjukkan adegan censored di situ!
tutup mate cepat! T__T




pakcik ni memang peramah. siap bagi tau lagi mana tempat best nak lawat.
die kata naik la cruise time malam. cantik!
tapi kitorang dah nak balik. lain kali la.



wah! dah macam cover album lak kan..
cantik-cantik hoiiyeeh!



bandar melaka dari pandangan atas bukit!
damai jer rase kan.. kan
nak pegi lagi please!



gambar dengan muke berlemuih, ketiaq becah n rambut yang basah! heheh
sempat lagi senyum2 tu. dalam hati berkata, "kalau la ada si kakak menjual tisu tadi, alangkah baiknye. boleh menyapu ape-ape yang patot." pfff T__T




gambar sebelum pulang.
kat atas jambatan yer. ade lagi tempat tak sempat nak lawat.
sakit kaki dol. dah la aku gak yang drive. hampeh!



owh! rambut pontianak terkeluar di situ.
larriikk!!



gambar last yang bajet-bajet suuweet la tu.hhahh
ok! memang suuweet pun T__T


last-last cencaluk tak berjaya dibeli sebab terlupa. balik rumah penuh kehampaan T__T. ok, cikayue, please postkan cencaluk yer~



kalau korang nak pegi lawat-lawat melaka ni, better la tido satu malam kan. boleh pergi jonker walk, ayer keroh, err jusco melaka mungkin. hee~
kalau tak, pergi pagi balik petang. baru la syok wooo!




drive dari KL pun tak sampai 2 jam. dekat jer. tapi kalau korang bawak laju sikit dari kure-kure ade la 3 jam sampai. hahah~
ikot susur keluar ayer keroh. setengah jam jer pergi bandar melaka.
tapi sama gak macam KL, melaka pun banyak traffic light. hampeh~



ok la. next time nak pergi zoo melaka n taman buaya lak. time rombongan dulu pun pegi situ gak. heheh pakcik, JOM!



p/s: first time kot mak bagi gi enjoy jalan-jalan ngan kawan-kawan sambil ber drive sendiri. gagah weh! next trip please!!!!



4 comments:

kema said...

leh wat ala2 gathering bsama partner masing2 nti... ayue-amdan,linda-a.shah,asz-didie,zuzu-apiz,kema-eju,fasya-aizu..weee meriah tuh...

adnil linda said...

keke nie...ad2 jerk la...boleh la kot...hehehhe

encik spektra said...

next trip korg g la jln jhor, byk tmpt best, mee bndung muar, otak2 gelang patah, ape lg ek, erm kopi stesen kluang, kt muar, pt jawa ade asam pedas murah2, kalu nk mlawat2 kt jb byk kot, lgpn chuka idako leh amik sijil spm yg da brkulat tu,wakakakaka

MisZteEN said...

kema: leh juge.. tapi laki i xkeje lg.. ish3!
no income lbh..waaa :((
linda: mesti best bile ko dh ade ank.. wakaka


yer e.spektrakular, ak mmg nk pegi muo pn. ngidam mee bndung. tp tah bila la boleh smpai kn.. sob3! rsenye sijil spm aku pn dh berkulat.. kah3!