Dec 31, 2011

Hye hye JB, Bye bye KL


Salam semua.
ok, sedar x sedar esok dah masuk tahun baru kan.
tahun 2012. yeayy!
seronoknyer sebab ade azam baru.
yang x seronoknyer umor makin meningkat. waaaa :'(
haha. terasa diri ni tua bebenar.


ape azam korang?
bangun awal pegi klas ke?
nak kurus ker?
ke nak tambah lemak berganda-ganda?hahah
harap2 azam tahun lepas tercapai la eh.
kalau x, bawa azam tu ke tahun depan. kekeke


Haaa..!!
aku tau ape azam korang kan..
nak kawin, bertunang kan...kan.
erkk! tu azam ker. hehe.
boleh la masuk list.
ok, sebenarnye i jelez :(
sebab korang dapat pakai cantik2. best2!
penuh la list next year dengan wedding.
tahniah la kat korang eh.


ok, yang aku ni dah nak start training kat UTM tu.
malas giler nak kemas barang2 kot.
xtau nak bawa pe. blur2-blur je.
melihat pada jadual yang disediakan, *cewah. ayat skema lak.
banyak benda baru yang perlu belajar kan. *rasa nak pengsan.
yela, dulu blajar kimia, now training jadi biotechnologist lak.
haha.


meh kite nengok jadual tu.
sikit je eh.



haa. tengok minggu first pun pening.
alaa.. banyak lecture jer.
dah last2 tu ade la lab work.
but..but.. it`s look interesting. hee~

ok korang.
nak gi prepare mental n fizikal nak dengar lecture balik.
keke.
yang bagi talk tu bukan calang2.
rasanye lecturer UTM gak.
haihh! macam mane la idup tempat baru eh.
harap2 best la. hee.
Bye~~







Dec 23, 2011

Budi Doremi- DOREMI with lyrics





hye geng.
jom layan satu lagu best ni.
sempoi jer lagunyer. hehehe
korang mesti suke dengarkan.
D.O.R.E.M.I

nice.
siap bagi liric lagi.
enjoy~





Lirik Lagu Budi Doremi Do Re Mi Lyrics

wa ga pat
do dododododo, re rerererere
mi mimimimimi, fa fafafafafa
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
(do) doakan ku harus pergi (re) relakan aku di sini
(mi) misalnya aku kan pulang (fa) fastikan kau tetap menunggu
(sol) soal cinta luar biasa (la) lama-lama bisa gila
(si) siapa yang tahu pasti (do) doakan aku di sini

adududuh duh aku percaya
kali ini kau pasti bisa yeah
kuku kutanya ada yang salah
jelas ini luar biasa

hal yang baik tidak mudah, tak seperti kau bicara
mereka mengerti ini terlalu jadi masalah
ketika kau mulai bisa terbiasa untuk dapat
menikmati hari-hari tanpaku di sini

(do) doakan ku harus pergi (re) relakan aku di sini
(mi) misalnya aku kan pulang (fa) fastikan kau tetap menunggu
(sol) soal cinta luar biasa (la) lama-lama bisa gila
(si) siapa yang tahu pasti (do) doakan aku di sini

hal yang baik tidak mudah, tak seperti kau bicara
mereka mengerti ini terlalu jadi masalah
ketika kau mulai bisa terbiasa untuk dapat
menikmati hari-hari tanpaku di sini

(do) doakan ku harus pergi (re) relakan aku di sini
(mi) misalnya aku kan pulang (fa) fastikan kau tetap menunggu
(sol) soal cinta luar biasa (la) lama-lama bisa gila
(si) siapa yang tahu pasti (do) doakan aku di sini

everybody sings it!

(do) doakan ku harus pergi (re) relakan aku di sini
(mi) misalnya aku kan pulang (fa) fastikan kau tetap menunggu
(sol) soal cinta luar biasa (la) lama-lama bisa gila
(si) siapa yang tahu pasti (do) doakan aku di sini

doakan ku harus pergi, relakan aku di sini
misalnya aku kan pulang, fafa fastikan kau yang menunggu
soal cinta luar biasa, lama-lama bisa gila
siapa yang tahu pasti, doakan aku di sini



Source: http://liriklaguindonesia.net/budi-doremi-do-re-mi.htm#ixzz1hHRaxmei

p/s: comel jer lagunyer. syok tu layan. hehehe


Dec 12, 2011

haaa....What to do??


Hola geng :P


smoga sihat2 yer.
hahah.
nampak sangat lemau.
dah lama kot x tulis blog.
busy dok genting la kan.
so skarang dah abes khusus.
dah kat umah dah. heee~




tunggu praktikal kat UTM Skudai lak.
sronok2.
boleh jenjalan kat negeri orang.
praktikal under BioTech.
3 jan baru masuk sana.
Excited weh nak blajar benda baru.
pasal instrument semua.




Smalam tengok wayang.
citer Twilight.
xpueh hati tol den.
cito lombab bonar.
den dah sodih2 ni Bella mati.
skali ko....
jadi Vampire rupenyer.
xsabar nak nunggu part 2 lak.
Anak Bella tu comel sgt kot.
tah2 ramai nk bunuh baby tu lg.
Nebes2 weh!




ok la...
dah xtau nak buat ape dah ni.
makan tidur makan tidur jela kan. 
ngehehe~
tata korang :P

Oct 29, 2011

update lelaju :P










Fuhhh!!!
lamenyer x update.
sorry geng...
BZ sangat kat Genting ni.

Short update jela eh.
Dah 3 minggu dok sini.
So far best jugak la.
tapi pack kot jadual kat sini.
bangun pepagi malam2 br balik.
dah macam duk asrama lak.

tapi yang x best sini makanan die weh.
ade ke seminggu tu 3-4 kali masak kambing.
ape kelas ko jah~
tapi xpe la.
rezeki kan.
kita makan jela.


ok la.
jap lagi nak balik umah.
nasib la dekat.
kalo x dah meraung dah. 
heee~
tata.

Sep 16, 2011

AWESOME!

Salam Geng!
lama x update blog.
after raya bz sangat.
kerja makin bertambah. huhu

TAPI.....

berita gembiranya...
aku dapat tawaran GEMS tu. yeay!
xperlu kerja penat2 dah. hee~

sape x penat.
hari2 balik kul 9pm. pffffttt.
so, aku stat program tu 9/10 ni.
dekat genting weh!
haha.. syok tu~
ada la lebih kurang 2 bln khusus tu.

last week aku gi popular.
memang nak sangat cari buku BOGEL MUNUJU TUHAN


sebab per?
sebab buku ni ditulis oleh lelaki kacak. ngehehe
sapa lagi... ZAHIRIL ADZIM la.
kes fan kipas susah mati la ni.
tu yang nak sangat beli.

OK! buku ni AWESOME.
yes, sangat2 menarik. ahha
untuk pecinta puisi ke sajak ke memang disyorkan la.
macam aku ni susah sikit nak faham maksud tersirat isinya.
tapi cuba untuk faham.
suka, duka, sedih sinis, berbunga-bunga.
semua jadi satu dalam buku ni. hee!

part paling best pasal abang polis.
sinis maksud isinya tu.
tapi aku setuju sangat apa yang dia nak sampaikan.

ok la. x nak bebel panjang2 dah.
korang gi jer cari kat kedai buku 2.
RM30 jer.

tata korang :P



Aug 26, 2011

Resepi Buat Coklat. Sedapnyerr!!!


salam semua.
seperti yang dijanjikan.... TADAAAA!
Resepi buat coklat yang sedap n lazat.
nyum2.
Jom mula!

Bahan-Bahan:

1) Coklat compound apa2 jenama. yang aku slalu guna Jenama Beryl`s. RM 14.50. Cari la kat kedai perkakas buat kek. Korang boleh pilih nak perisa White, Mild N Dark Coklat.

2) Kacang badam. yang ni ikut suka korang nak yang sebijik-sebijik ker atau yang cincang tu. kalau sebijik2 tu aku potong dua. yang cincang tu aku campur dalam coklat nanti. Harga aku beli RM 8.50 dalam 500g.

3) acuan untuk coklat. tak kisah apa2 bentuk pun. yang kecik2 lagi comel. RM 3.00 sepapan.

4) Pembalut coklat. kat kedai kek dia jual RM10.50 100 keping. kalau nak murah beli yang aluminium foil. aku beli kat kedai jepun DAISO rm5.00.


so, senang je kan bahan2 dia. yang coklat tu korang x yah risau nak campur gula ke susu ker sebab memang dah ready made semua. tinggal nak cairkan jer. jom tengok cara2 nak buat yer.


Cara-cara:

1) Cairkan coklat guna double boiling. mula2, panaskan air dalam periuk besar.   letak separuh jer air tu. lepas tu, jangan biar sampai mendidih. agak2 dia dah panas, tutup api.

2) letakkan coklat dalam mangkuk kaca tahan panas, lepas tu letak mangkuk dalam air panas tu. kacau sampai cair. CAUTION: jangan biarkan setitik air pun masuk ke dalam coklat. nanti x jadi. heheh. so, kacau dengan berhati-hati.


3) Bila coklat dah cair, masukkan badam cincang dan kacau. kalau nak ganti dengan kacang ker, kismin ker boleh juga. ikot citarasa korang. Owh, sebelum tu gorengkan badam tanpa minyak sampai jadi ringan yer.

4) tuang coklat ke dalam acuan. letakkan separuh dulu.

5) letakkan badam yang dah dibelah ke dalam acuan. lepas tu tutup badam dengan letakkan coklat ke atas badam.

6) lastly, masukkan ke dalam peti sejuk. tunggu dalam 15 minit n siap di hidang!

7) korang yang nak buat majlis untuk raya tu, boleh la balut coklat tu n letak dalam balang. simpan tempat yang kering. nanti kang die cair.






Coklat compound yang aku gunakan. Made in Malaysia lagi :P


dah masukkan ke dalam acuan. letak separuh dulu coklat tu.


ni dalam acuan ABC. comel jer. heheh


coklat yang telah di cairkan. banyakkan dapat.


haha. baru mula nak membalut. jenuh weh!!


badam yang siap di goreng tanpa minyak.


dan diletakkan dalam acuan. lepas tu letakkan coklat nak tutup badam ni.


haaa. ni lah hasilnyer..  pembalut yang ni beli kat kedai kek RM10.50 tu. dah siap gunting ikot size coklat tu.


yang ni pembalut yang beli kat kedai DAISO. korang kena gunting sendiri la kan.


haha. kan dah comel tu. warna hijau lagi.


so, korang2 tu, ape lagi.
siap cepat pegi kedai kek tu.
cari bahan2 ni. heee~
rasa coklat ni setanding ngan hok yang jual kat kedai tu.
sedap sangat2.
SELAMAT MENCUBA yer!!

owh, lastly, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR N BATIN
dari saya sekeluarga.
yeayy!! esok balik kampung. TATA korang :P

Aug 19, 2011

With BFF berbuka puasa di Seoul Garden



salam semua.
entry berbuka puase with the geng.
dah upload pic baru ler keluar ceritanya.
huehuehue.


sweet jer semua.
makin vogue gitu.
aku ler orang yang first datang kat seoul garden ni.
bukan jauh pun.
kat IOI MALL puchong tu jer.
selama ni jalan kat situ x perasan pun.
punya la comel jer kedai die.
tapi memanjang ke belakang.


then, farah, sarah n wani datang.
pergi la booking untuk yang lain2.
owh lupe.
kitorang dah book dulu tempat ni.
kalau x, xdapat punye la.
sebab ramai sangat orang kat situ.
lepas tu shaz n shera datang.
last skali dee.
heheh.
sukenyer jumpe diorang.
walaupun x semua geng ade.
tapi BEST!!!!





before buka puasa. amboi, kemain ambik makanan banyak.
aku ler tu. ambik seafood bebanyak. sedap weh!
farah n wani disebalik tabir. hee~


cer tengok. kan banyak tu. hehehe.
mantap weh, udang, lala, ketam semua la ade.
memang x disangkal lagi kesedapannyer. hahaha.
owh, gua makan salad k. sedap juge.


yeay!! sarah datang.
die makan mee n daging jer.
katenye malas nak kopek seafood tu. 
xpe2, tukang habiskan ade. hahaha


kami lagi. depan tu la tempat memasak.
macam main masak2 time kecik lak.
korang boleh merebus atau memanggang ler.
ade banyak choice.
nak ikan, daging, kambing, fishball, seafood.
semua ada. tinggal pilih jer.


hahaha. muka shera ni lawak la.
B4 berbuka.


yer, tu la shaz.
die tukang planner kite.
thankskat die sebab dah booking awal2 tempat ni. hahah


lepas berbuka jer sempat lagi dok chit chat.
yela, lama x jumpe, farah lak study kat ireland.
yang lain mostly dah kerja.


yeay!!! banyaknyer makanan.
ni pun pekerja tu dah angkat berapa banyak pinggan laa..
try dessert lak.
sedap weh, ade abc, ais krim.
kalau sesapa nak makan nasi tu ade jugak la.


amboi, kemain ko gelak yer farah.
suke sangat bab2 gosip ni. hahah


menghabiskan baki2 terakhir makanan tu.
yela, korang boleh lepak sini sampai 3 jam.
haruslah makan banyak2 kan.


comel jer kan. diorang memanggang ikan n daging.
sedaaaappp sangat!


dengan makanan yang sebanyak ni,
haruslah harga die pun plus2kan.
kitorang makan ber-7.
dah tong2, masing2 kena bayar RM47.
macam tu la.
kire ok la kan nak makan skali sekala.
tapi memang terbaik la!


so, korang yang rasa nak try makan steamboat tu,
cuba la ke Seoul Garden.
banyak sangat pilihan.
sedap lak tu. hhehe
ok, tata semua :P




Aug 18, 2011

Yuhuuu... dah pandai buat white choc (^___*)



hi hi.
malam tadi beriya nak buat choc sendiri.
yela, jelez tengok orang buat sendiri.
kite pun nak try la jugak kan.
rupenyer seeeennnnaaanngggg sangat.


yang penting, kesabaran.
keh3!..


ok, untuk resepi n pic nanti kite upload pic yer.
now internet rosak kat umah.
asik nak korek lobang jer diorang tu.
stress betul pakai streamyx.
sebulan skali nak rosak. pfffttt!


malam sebelum tu buat honey conflakes.
sedap weeehhh!
tu pun senang sangat2.
cuma yang x best x rangup la.
sebab kite tak bakar.
takde oven T____T.
*bile la mama nak beli oven neh.
tu pun nak share resepi eh??
ok2. tengok bile nak rajin tu. muaahaha.




kalau ade oven kita nak buat kuih bahulu lak.
lama giler tak cube.
tengok skill tu masih ade ke x.
harap2 x rentung. kehkeh.




korang tahun ni buat kuih ape pulak??
mesti banyak korang buat kan.
cer share resepi.
nak gak try. 
Sekian. 
tata korang (^___^)

Aug 13, 2011

Seoul Garden la pulaks :P


yuhuuuu~
selamat berpose semua.
hari ni dah masuk hari ke-13 kita berpuasa kan.
*ciittt!! baru nak wish yer =___=!


alhamdulillah
xde tinggal puase lagi.
harap2 la dapat puasa sebulan penuh. cehcehceh.


yeayyy!!
petang ni gue mao bukak pose dengan kawan2.
geng skol bt 8 dulu.
windunye kat depa. heheh
geng2 let`s be wanna be.


pegi dekat Seoul Garden je.
IOI mall puchong.
tak penah try lagi.
tapi nampak macam best.


member dah bookingkan tempat.
yeaayy lagi skali! (*___^)
tengok menu macam menyelerakan.
yela, ade steamboat n grill kan.
harga buffet 35.88++
jangan risau. ianya HALAL.




nah kite bagi link.
seoulgarden
kalau ada pic nanti kite upload k!
tata korang.
nak gi siap2..


********


p/s: alhamdulillah. dapat gak jumpe member2 lama lagi. miss u guys!



Aug 11, 2011

Jln TAR tempat best nk shopping raya :P

hi semua.
malam tadi lepas berbuka jer terus g Jln TAR.
korang tau mana tu?
ala, tempat yang femes nak shoppink la.
Jln Tuanku Abdul Rahman. 
dekat je dengan SOGO.



lebih kurang macam tu la ramainye.
memang sesak.
tu pasal pergi awal2 puase.
n bukan weekend. 
kalau g nak dekat2 raya,
maunye patah kaki ni.
sesak2 sama ngan orang ramai tu.


so, motif gi sana nak cari baju raya la kan.
owh, nak sangat cari english cotton.
tapi mahal sangat. huhu.
bangla tu xnak bagi kurang.
kuang asam tol.
mentang la ramai orang.
sebelum ni pegi boleh jer kurang rm90.
semalam dia tetap xnak kurang. 
nak jual gak rm110.
last2 bengang jln tempat lain. pfffft~

beli jer baju yang jual kat bazar tu. 
panjang memang panjang.
sapa2 yang x suke tempat sesak2 tu baik x yah gi sana.
kang lemas la pulak. hehehe~

memang rambang mata la kalau gi sana.
murah2 weh!
ada tu baju kurung siap rm35 jer.
tapi xtau la cotton ape kan.
seluar jeans, baju bebudak, baju melayu,
semuanye ade la kat sana. 
tinggal nak spare duit jer buat belanja. (^___^)

yang penting, hajat tercapai. hehehe~
dapat 2 helai baju.
masa jalan2 tu ade la peniaga ni jual english cotton.
nak tau harga berapa????
rm80 jer aku dapat. keh3! 
padan muke ko bangla.
nak kelentong aku konon.

ok la.
tinggal beli seluar jeans jer.
next gaji baru cari. hee~
nak g JUSCO jer shopping :P

So, pada korang yang tengah cari baju raya tu,
aku suggestkan tempat ni.
cantik2 n murah2.
slamat bershopping korang (*___^)




Aug 4, 2011

seronok weh g stadium SNBJ tengok bola MAS vs SIN :)

hip..hip.
benda dah dekat seminggu baru nak update.
malas giler nak upload gambar. hee~
moh ler kite citer.




balik-balik keje terus kelam-kabut nak gi stadium.
yela, keje lak abes lambat.
rushing la ape lagi.
yang adik aku sorang tu tunggu kat sana.
orang suruh tunggu kat LRT tah mana tah dia tunggu.
boleh bikin panas jer nak carik dia.
dengan line bengong. 
cilakak jer line. xleh nak call sape2 pun.


ape lagi, bebel2 la kat dia.
sebab orang nak start baru dapat masuk stadium.
dengan xde seatnyer.
redah jer mana2.
nasib ade satu kerusi kosong.
pakcik didie duk kat tangga jer. 
nasib la kan. sapa suh lambat. haaaaa~



masuk2 jer tengok ramai giler orang!! aiseyyh. asal la xde seat kosong. sampai tangga pun full.


yeaaa.. tu dia..tu dia.. keh3! control ayu sikit. hahahaha


penonton dekat2 aku ni semuanye senyap. maklum lah. lelaki. perempuan ni jer over lebih tau! siap terjerit-jerit lagi. =___= * nasib baik xkena balik botol.


cer tengok. semangat weh masa 2nd game. semua nak trainig. keh3!


yer.. yer.. tu dia.. tu dia. pemain malaysia penuh semangat weh! game yang best :p


hahaha. ternampak bulu lengan lebat lak. time ni Malaysia leading 1-0. harus lah terlompat2 semua. keh3!


bagi peace sikit. baru nampak yo-yooOO jer.. kehkeh!


ape la semua x clear. nasib la guna kamera murah =____=


owh, ni time singaPURA2 dapat gol lagi sebijik. giler kecoh. haha LOSER.


ehem2. takde jersi malaysia. janji ade kaler kuning tu. hehehe


walaupun kalah diorang tetap hargai peminat weh. TQ yer player malaysia. WELL DONE. hip..hip horreeyyy!


motip pakcik didie?? hahaha. time ni game dah habis. tapi ramai x berganjak lagi.


dah la nak keluar stadium macam sardin. siap kene berkawat lagi. nak keluar dari bkt jalil pun sama. nasib la gi guna motor jer.

motif cerita yang gembira2 jer.
cerita sedeyh tu xyah la.
pasal fakri ker, ismail faruqi ker tolak tepi.
yang penting player malaysia dah bagi yang terbaik.

pasal singapore yang pura2 tu lagi boleh mendatangkan marah.
rasa nak masuk padang bagi luku satu kali kat diorang.
lagi2 keeper gediks tu. 
izwan ker nama die. cehhh!

buat pemain malaysia, korang main la yang terbaik.
kan best 90 000 penyokong datang stadium.
tak caya? cer lihat.


lautan manusia kot dalam stadium tu.
hahaha. 
terbaik la korang. 
jangan lepas ni jadi lalang sudah la.
tetap sokong malaysia xkira kalah atau menang. AUUUMMMM!
go tiger go!


p/s: balik2 stadium esoknye demam. padan muke. keh3!




Jul 28, 2011

Malaysia vs Singapore. X sabar nak tengok malam ni :)

hi, hi semua.
yeah, malam ni ade live game malaysia vs singapore.
cer angkat tangan sape yang gi?
saya! saya!
hahaha.



wajah kegembiraan sebab dah ada tiket *bergenang air mata




semalam adik aku berhempas pulas beratur kat luar stadium.
tunggu dari kul 8 pagi.
die kate ramai giler beratur.
nasib la time die beli ade lagi. 
dengar2 lepas tu tiket habis. 
cepat giler!


xpe2.
pada korang yang x dapat join kat bukit jalil tu,
teruskan sokong kat rumah ker, kedai mamak ker.
ade live kat Rtm TV2, astro ARENA n Astro Supersport.
janji gempak n semangat tu penting.


harapan tuk menang tu pasti ada.
yang penting semangat juang yang tinggi patut ada malam ni.
nak tengok game yang best.
main biar clear. 
jangan la ada kad merah lagi.


gua agak malam ni malaysia menang 3-0.
walaupun tanpa pemain import.
kita tetap boleh lawan diorang.


go malaysia go!!!
harimau akan baham singa di bukit jalil.
so jangan lupa korang duk tercongok depan TV kul 8.45pm malam ni k!
berikan sokongan padu pada pasukan negara kita :)



uhuk.uhuk. panjang x tiket i? lalala. telah di pau oleh adik :)

p/s: cer pakai baju kuning hitam reramai malam ni. insyaallah ada rezeki tu :)