Nov 1, 2016

Dunia Dhia Ramadhani

Hi dan Assalammualaikum semua,


Lama sudah tak menuliskan. rindu pulak.
Today nak kisah Dhia Ramadhani.
Budak yang aktif, bijak dan sangat manja.
Meh la kita tengok cerita dia dari sebulan sampai la dah 2 tahun 5 bulan ni.




Dhia lahir 2 Ramadhan.
makanya ibu berpantang la masa hari raya kan.
gambar ni ngam3 ibu pantang 30 hari. hehe.
Raya di kampung. Kecil je dhia. lahir 2.53 kg.



Masa ni Dhia dah dekat 40 hari. kita buat cukur jambul
habislah rambut lebat dia kena cukur.
Sambil buat open house raya masa ni.
Tu yang ramai datang tu.




Ni baru 2 bulan. hahahaah.
Bulat kepala anak ibu ni.
comel sangat.


Masa ni ibu dok la nak makan sushi king.
Siap bawak Dhia lagi. Sebab tu skarang Dhia suka sushi juga.
tengok muka innocent dia tu. alololo





Hi awak.. comel x kita? haha
Dhia umur 3 bulan. 



Comel tak kita?
Jadi bridesmaid aunty Dee masa ni.
Tapi awal2 kita tido dulu. kang mengamok nanti.
Dhia dah 4 bulan masa ni.




Yeay!! Dhia dah pandai angkat punggung nak merangkak.
Ni dalam dia 4 bulan rasanya.
banyak bebel juga tuh. ikut perangai sapa la kan. hahaha



Dhia 5 bulan.
Awwww.. comelnye ada headband tu kan. 
Sekarang ikat rambut pun tak nak. ceh!



Yo yo.. what`s up Bro!
dhai nak g jalan2 ni. sapa nak ikut?


Dhia berumur 6 bulan. Dah boleh makan!!
Yippie.. ibu banyak buat resepi puree buah.
Dhia memang suka buah.



Awww.. happynya dapat naik walker.
hehe.. Dhia masa ni dah nak duk ngan tokmek kat damansara.
tapi kejap jela.wuwuwu




Alahai anak. napa comel sgt muka awak?
hehehe. buat ibu cair la.
dhia masa ni dah umur 7 bulan.



8 bulan dhia dah boleh berdiri
and 10 bulan dhia dah boleh jalan. 
suka betul dia dapat jalan



ini memang favourite dhia.
pegi maman AKA taman.
dia memang suka sangat.




Yeay! 2 ramadhan. genap la dhia 1 tahun.
time ni orang nak bersahur dia dah ajak main cak cak. haha
nak kumbah lemari lettew.



Dhia turn 1 year old.
First celebration. Dia suka sangat kek.
Boleh tiup2 lilin kan.



omeinye lahai anak ibu ni.
dah besar awak yer. hehe



Owh. nampak macam kejam. haha
Dhia sibuk nak dukung kuching.
Dhia dah 1 tahun 3 bulan.


Dhia suka pergi pantai.
hebat dhia terbangkan layang-layang.
terbang tinggi tu.. hee
dhia berumur 1 tahun 5 bulan.




Dhia nak pergi merisik untuk pakteh ni.
Comel x dhia.
Jom la ikut Dhia jalan-jalan.
Dhia dah 1 tahun 6 bulan.




Awak tahu tak buah apa kegemaran Dhia?
Ye! Betul.. DURIAN!
Dhia sangat sukakan durian. hehe
tapi semua buah pun dhia suka.



Yeay! ibu ayah bawak Dhia tengok wayang.
First time dhia tengok wayang citer angry bird.
Elok je dia dalam tu.
sebab dapat pop corn kan.
Ni masa dhia dah 1 tahun 8 bulan.



Dhia ikut ibu pergi kerja kat tempat lama.
tak boleh duduk diam2 budak ni. hehe
sekarang ibu dah pindah tempat kerja baru.
dapat main2 dengan dhia kan.. :)



Uhuu.. favourite picture ibu!!
moment paling indah la ni.
sebab muka awak comel sangat.
dhia memang suka mandi laut n kolam.
Dhia dah 1 tahun 10 bulan.




Farewell katanya. ibu bawak dhia pergi karoeke.
ok. dalam ni dhia tido je sebab penat sangat. hehe
sayang anak ibu.




2 ramadhan 2016. Genap la anak ibu 2 tahun.
Kali ni dah faham nak tiup2 lilin.
suka sangat dia kek robocar poli.
siap nak tolong ibu buat lagi ye. hehe





Nah! ni celebrate masa open house raya aritu.
Kali ni lagi best sebab ada 2 kek.
lagi la dhia suka. hahaha.
dan dapat banyak hadiah.
ibu doakan Dhia diberi kesihatan yang baik dan 
menjadi anak yang bijak, ceria dan solehah.






Dhia dah berumur 2 tahun 5 bulan sekarang.
Terima kasih semua sebab baca kisah Dhia.
Dhia sayang ibu ayah, atok dan wan, tokmek, moksu,
mamalong, babah, pakngah boy, pakteh, pakcik aniq, 
paktam, pakndak, kakak dan acu. 



seronok sangat tengok anak membesar depan mata.
lagi-lagi yang aktif macam Dhia ni. memang kena banyak bersabar.
Aku yang dulu tak reti bersabar memang banyak belajar la nak handle anak ni.
owh.. bukan senang ye nak jaga anak.
lagi-lagi time dia sakit. mencabar sungguh.



ok la. ada masa kita cerita lagi k.
Take care semua. Bye-bye.








Nov 7, 2015

Pengalaman bersalin di Hospital Sg. Buloh Part 2

Assalammualaikum...


Wah! kemain lagi pemalas ko nak sambung part 2 ye Asz. kehkeh..
Kerja membataskan untuk menulis blog. busy sangat! sangat lah kan..
lagipun menulis kena ada mood jugakkan..
OK lah. kita sambung part 2 ok.



So, hari ke-3 aku duk hospital tu, dalam pukul 2 lebih, sakit selang tiga minit.
haaa sudah! nak rasa membuang je kerjanya.
asik2 ulang ke tandas.. kira rasa macam sembelit tu la.
nak keluar ke taknak kekdahnya..hahah
laki aku dah geleng2 kepala tengok aku. perangai hodoh semacam.
yela.. sakit sangat. mana ko ingat perangai ko semenggah ye dakk.



Aku siap suh laki aku mintak kat nurse tu ubat cairkan yakk..
kehkeh. geleng2 kepala nurse tu.
siap cakap awak bukan nak berak.. tu baby nak keluar.
yang aku dah xleh duk diam dah.
dalam kul 4 petang nurse cek bukaan dah 3 cm.
tunggu lagi.. pukul 6 tu dah rasa sakit sangat...
siap cakap. "saya nak berak.. tolong lah mintak ubat cairkan yak"
siap lompat dari katil tu nak pergi tandas.hahaha
so pokcik pun panggil nurse sebab dah sakit sangat.
cek-cek dah 6 cm.



ape lagi. tolak ke labour room la..
punya la ramai waktu tu sampai labour room penuh ko.
kat situ aku dah rasa lalok sikit sebab nurse dah bagi ubat tahan sakit kat punggong tu kan.
rasanya nak tido jer. dia cakap kalo sakit sangat sedut gas. 
dah la aku sengsorang dalam labour room tu. sedut gas pun bukan hilang sakit.
tapi ko rasa nak tido lagi  ade la.
time tu orang semua nak buka puasa kan. ko panggil2 nurse pun bukan dia layan. hahahah
tahan la ko sengsorang Asz. nasib la ade sorang indian Dr tolong cekkan bukaan. pukul 7.30 pm dia cek dah 8 cm.



lepas tu dalam kul 8.15 aku cakap "saya dah tak tahan ni nurse. rasa nak terberak ni". hahaha.
nurse pun cakap lambat lagi tu. aku cakap..sakit dah oii.
dia seluk dah 10 cm ko. kira cepat jugak la kan. diorg expect 1cm 1 jam. hohoh



apa lagi. kelam kabut la panggil DR. yang sambut baby ni pun ada 2 orang je.
Dr perempuan dengan nurse. maybe busy kan waktu tu.
so 8.30 dah siap nak teran ni. tapi rasa ngantok sangat tau.
DR kata kalo rasa sakit tu datang teran dalam.
maksudnya teran xkeluar bunyi la. aku ingat la jugak jangan angkat punggong.
terang sambil angkat kepala kan.



dah sampai sakit tu, PUSH!!!! xpandai jugak.
DR kata cuba lagi. awak boleh.
so PUSH lagi. tapi kaki pulak terajang2. so DR marah.
kata salah tu. apa lagi dia ikat la kaki kat stand tu.
so PUSH!!! PUSH!! tak ingat dah berapa kali push.
penat plus rasa merewang je kepala.
dalam 8.50 tu dah cakap DR, "saya tak larat ni, DR operate la saya". wuwuwu
memang penat ko.
DR marah la. "awak ni cepat sangat give up. belom 30 minit lagi. orang lain 1 jam pun teran lagi. cuba awak rasa rmbut anak awak ni".
time tu aku mampu jawap "owh..yeke DR". pastu mamai je. hahaha



Dah DR tu tengok aku xde semangat lagi baru la dia ingat nak panggil pokcik.
time tu dah pukul 9.00pm. sebab jam tu depan mata kan. so tau a pukul berapa.
haaaa.. pokcik datang je dah macam pompom boy.haha
bagi semangat sangat.. cakap awak boleh..awak boleh. push!!!
padahal dia pun ngeri tengok darah selambak.
DR cakap saya potong yer. zappp!
aku pun cuba lagi PUSH!! PUSH!! kali kedua dengan nurse tolak atas perot.
zappp! baby keluar dari perot.wawawa.. Alhamdulillah. pukul 9.08pm lahir la Dhia Ramadhani. tapi tak nangis. kena babab bontot baru nangis.
Nurse suh cam laki ke perempuan baby tu. aku jawab perempuan.time tu xde HP kamera bawak. 
so xde la gambar awal2 Dhia Ramadhani keluar.


Pokcik azankan lepas baby dibersihkan. nurse bagi minum milo panas time tu.
Lepas tu baby kena ambik darah sebab nak cek ada Hypotiroid ke x. aku lak kena jahit. sakit wo.. keluarkan uri lagi. memang sakit sangat dia korek supaya xda darah beku kan. pokcik excited dapat gunting tali pusat. dah siap jahit DR panggil pokcik untuk ambil uri.
Pokcik ape lagi. dia gembira sangat sampai tak teman kita naik wad. ambik uri je terus balik nak cuci. hhaha. malam tu jugak tanam.
yang kita ni masih lalok lagi. Dhia pun xnangis tau malam tu.
rasanya kesan ubat tahan sakit kot. Dhia pun dok bukak mata je.
baby lain dalam wad tu nangis dia relaks je dok kelip2 mata.



Alhamdulillah. Selamat dah melahirkan baby pertama.
Pengalaman yang takkan aku lupakan.
even banyak pengalaman pahit sebab tak sedia mental fizikal ko nak lahirkan baby sebab belom sampai waktunya, lepas ko tengok baby tu semua sakit tu hilang. tapi lepas pada tu aku trauma jugak la. serik nak ngandung konon2 nya.
siap ngigau bagai. yelah. zahir pun 3 lapisan. sakit ko. 2 minggu pun xbaik lagi.



Thanks pada DR, staff nurse dan rakan-rakan yang aku xpenah kenal sebelum ni tapi siap cerita dan tahan sakit sama-sama dalam wad tu. ada sorang tu indian girl. wah! xjumpa dah lepas aku bersalin. banyak pengalaman yang aku dapat. So, lepas ni dah tau dah. ko rasa sakit je dan ada tanda2 baru ko pergi hospital yer. kalau x lama macam aku duk kat wad tu.



p/s: tengok rezeki lak next baby pulak. DR nasihatkan jarakkan baby 4-5 tahun sebab aku ada tiroid. So risiko anak lembam tu tetap ada.







Jun 11, 2015

Pengalaman bersalin di Hospital Sg.Buloh part 1


salam and Hi!
harini nak bercerita tentang pengalaman bersalin...
kan entry lepas aku ada cakap aku dah booking PPUM?
haaa.. tapi bersalin kat hospital sg.buloh..
camner tu? jauh sangat peginye.. hehe



masa last-last pregnancy tu,
aku sewa rumah area damansara damai.
umah mak aku jugak la.
so dekat la nak pegi kerja kat kepong ni.
sebab dah x larat nak naik KTM kan.
penat weh jalan kaki lagi.
so kami decide nak duk sana.
senang sikit n aku boleh drive kereta.



so, 38 week aku still checkup kat PPUM.
Dr kata everything ok. air ketuban ok.
di jangka bersalin pun week 40.
kalau tak keluar lagi baby kena induce.
due dat 10.7.2014.
sakit celah kaki menjadi-jadi.
tak tahan sangat lepas 2 hari aku nak check pulak kat sg.buloh ni.
apehal sakit sangat2 sampai susah nak jalan.
sakit tu kat peha belah kiri jer.
memang macam penguin la aku berjalan. haaha



kira 27.6.2014 malam lepas dinner aku pergi hospital.
ala.. tak jauh pun dari damansara damai ni.
10 minit jer.. hehe
ikutkan memang nak check up kaki tu je. sebab sakit sangat2.
tapi.. bila DR cek air ketuban leaking.
so tak nak bahayakan baby...KENA TAHAN... uwaaa!!
so pakcik pun kena la sign agreement.
tak jamin dapat katil dalam masa 48 jam OK!
ini memang penat. nak nangis mak.
nasib baik beg baby n aku dah siap awal-awal dalam bonet kereta.



so, bermula lah kisah 4 hari aku duk hospital.
duk area labour room macam-macam gelagat mak-mak nak beranak.
ada yang dah seminggu bukaan 2cm pun belum beranak lagi.
tapi yang paling menyedihkan kat sini.. katil tak cukup.
kesian aku tengok mak-mak menahan sakit atas kerusi. huhu
patot la diorang datang bila dah sakit sangat-sangat.
rupa-rupanya tak cukup katil.
so DR cek CTG and VE. belum ada bukaan lagi.
yela. perut pun tak sakit lagi kan.
banyak kali la cek CTG..
time tu betul-betul sibuk hospital.
ramai giler nak beranak.
so malam tu tidur la atas kerusi. 



esoknye kena bangun pagi-pagi nak buat CTG lagi.
labour room sentiasa bising.
ngeri la jugak dengar suara orang menjerit-jerit. hehe
aku siap interview lagi mak-mak yang sakit tu.
macam mana sakit contraction.
silap-silap di kakikan aku tanya soklan time sakit-sakit tu. 
so dapat la ramai kawan kat situ.
yang bestnye dengar pengalaman diorang tu.
ada yang first time mengandung, ada yang dah 5 orang anak.



dari 8 malam kitorang datang sampai la pukul 4 ptg tak dapat-dapat katil lagi.
aku punya bengang cakap kat nurse tu aku nak tukar hospital PPUM.
yela. penat kot duk atas kerusi jer. tu pun kerusi tak cukup.
pokcik lak tidur kat umah. dia cakap takleh lelap ingat kan kite. cehcehceh..
yela. tak penah tidur sorang kan kat umah tu. sunyi la malam-malam.
Dr pun bising-bising. siap panggil pokcik lagi.
die cakap selangkah kami keluar dr hospital ni, diorang takkan bertanggungjawab.
cakap punya la kuat. habis semua orang dengar. ceh!
kami pun apa lagi.. tak nak ambik risiko kan. duduk jela tunggu kat situ.
tup-tup.. kul 5 dapat katil kosong. naik la wad 6C tak silap aku.



so nurse cakap esok pagi nak induce.
pokcik lak x boleh tinggal kat hospital.
tidur lagi semalam tanpa pakcik disisi.. sobsob..
29.6.2014 pagi kul 6.30 dah mandi sebab kul 7 Dr nak cek VE.
cek bukaan ni pun sakit amat kena seluk. 
nasib la nak beranak.
cek xde bukaan pun. mak is sedih.



so lepas VE Dr masukkan sebiji pil untuk induce.
terasa macam letak dalam sangat.
so pakcik datang dalam kul 10 camtu. boleh lawat kejap2 jela.
sebab waktu melawat tengah hari kan.
sembang-sembang ngan die. yela tak rasa ape pun.
ayah aku dah siap buatkan air selusuh.
aku dah siap-siap minum sebelum tu lagi.
air zamzam pun sama. n air akar fatimah.
yela.. mana la tau kena minum masa dah ada bukaan.
kurma mesti kena ada. bagi energy kat kita ni.



dalam pukul 2 tu dah rasa perut cramp.
sakit woo. tak tau nak describe macam mana.
15 kali ganda sakit senggugut tu.
sakit lak selang 5 minit. Dr datang cek bukaan xde lagi.
lagi la diorang risau. cek CTG contraction kuat.
Dr tanya ada minum air selusuh ke. aku diam jela.
tapi memang sakit. rasa nak guling2 atas katil tu.
so Dr tengok aku cam hape jer..
dia cepat2 cucuk ubat tahan sakit kat bontot tu.



lepas pada tu baru la kurang sakit. lega la sikit.
pokcik nengok aku cam hape jer.
so rehat la aku kat hospital satu malam lagi.
Dr cakap kalo bukaan xde nak induce esoknya.
so pagi-pagi kena induce sebijik lagi.
sambil sembang2 dengan pokcik sakit tu datang kejap2.
ade rase nak berak pulak. aku pun jalan-jalan dalam wad tu supaya ada bukaan. Dr seluk lagi dalam kul 12. die cakap baru 1 cm.
so dalam pukul 2 lebih sakit perot cramp datang lagi..
sakit selang 3 minit.. woii!! sakit tau.
tapi takde bukaan pun.
aku dah bising2 kata nak berak..
tapi baby dah kebawah..



to be continue... letih la nak bercerita :)







May 28, 2015

First time mengandung. Happynya!

Salam and Hi semua!


Entry kali ni nak cerita pengalaman mengandung pula.
Mesti first time mama excited giler kan..kan.
Sama jugak dengan aku. Hee..
Jom kita mulakan...


Aku dapat tau positif mengandung lepas kitorang kahwin 10 bulan.
Alhamdulillah.. Sebenarnya merancang juga.
Disebabkan pekerjaan aku yang kena hadap chemical hari-hari.
Risk tu tetap ada.
Tapi tak tahan tengok baby yang kiut miut tu.
Terasa la nak anak sendiri.
So.. mari la buat anak.. bahahah
*macam ngoks je kan.


Period aku teratur setiap bulan.
So dapat detect lepas seminggu tak datang period. haha
Patot la aku mengidam makan mangga muda.
Banyak giler kot makan dalam sebulan tu.
Then try UPT test beli kat farmasi.
So dua-dua nervous. hahah
Lepas test tu pokcik didie tengok aku, aku tengok die.
Dua line weh. Wah!! rezeki kami! Alhamdulillah..
Dua-dua excited.


So nak confirmkan betul-betul kami pegi la klinik kesihatan.
Kena  bayar RM 20 untuk test tu.
Apa lagi. result positif. kami pun happy bagi tau family masing-masing.
Kat kawan-kawan tak bagitau pun.
tu pun lepas 4 bulan baru bgitau diorang.
Sebab masih baru kan. So kite chill dulu :)


Lepas jer dapat tau aku mengadung 4 minggu tu, terus rasa loya-loya.
Kemain ko kan morning sickness. haha
Sebelum ni takde la pulak.
So simptom2 orang mengandung ni badan jadi lemah je, rasa nak tido je.
bayangkan aku jarang tido siang siap bawak selimut dan bantal kat office.
baring la atas lantai ni. hahaha
makan pun tak lalu. dulu suka makan ikan tak suka ayam.
sekarang dah terbalik lak. tak boleh tengok ikan. loya je tekak ni.


makan ape-ape je tak lalu. siap turun berat badan la trimester pertama tu.
dari 49 kg ke 47 kg. haa.. menanggung la 4 bulan jugak.
tapi badan I maintain jela. yang mengembang tu atas bawah jer. sakit ooo.
masuk je 5 bulan morning sickness dah takda.
tapi hidung ni jadi tajam la.
kan pergi keja naik komuter.
tak tahan masa balik kerja macam-macam bau ada.
siap bau bawang putih la, perfume orang la. hahaha
jahat tau rasenye asik duk tutup-tutup hidung. kehkeh.


so selera makan pun macam raksasa lepas tu.
naik la balik ke 50 kg.
trimester kedua ni lebih chill..
tak banyak ragam sangat.
simpton tido siang pun berlalu pergi. hahaha 
tapi perot orang mengandung still tak nampak-nampak lagi.
padanlah orang tak bagi tempat duduk kat I. cis!
siap pegi langkawi la tu. wahaha


masuk 7 bulan. trimester ketiga baru la ade perubahan diri ni.
perot baru nampak.
selera makan makin kuat. berat naik sampai 60 kg.
suka sangat makan buah-buah manis.
durian, tembikai, mangga, anggur.
so orng kata anak lelaki.
tapi pegi scan tak nampak pun. 
Dr assume anak perempuan.
kami tak kisah asalkan sihat ye nak..


owh yer. aku buat buku merah lepas 3 bulan mengandung.
tapi checkup lepas-lepas pegi klinik swasta jer.
bayar dalam RM 100 jugak sebulan. 
kat klinik famili di kinrara.
Dr fatimah yang cek aku. baik orangnye.
sampai 6 bulan kot. 
pastu kena follow up kat PPUM sebab ada sejarah  tiroid kan.
mak kan berisiko masa mengandung.
kat PPUM paling cepat check up 8 bulan ko mengandung.
terlampau ramai orang kat sana.


takpa. untuk dapatkan yang terbaik mak sanggup tunggu.
booking pun kat PPUM bayar RM500.
first minum air gula masa 38 week.
tapi sedap jer rasa nye. ada perisa oren. hehe
Dr kat PPUM tu cakap if tak beranak lagi masa 40 weeks dia nak induce.
mengadu la kat die cakap sakit kat ari-ari.
tapi Dr bagitau semua ok.
jangan risau. air ketuban semua ok.


masa 36 week ada gak g KK tanya.
kenapa asik sakit kat ari-ari.
katanya  baby dah masuk laluan dah tu.
pastu suh prepare barang-barang nak bawak gi hospital.
mak ingat lambat lagi nak... haha
badan dah bertambah sakit.
tidur pun tak boleh.
malam-malam pakcik la jadi mangsa urut kaki.
tengah-tengah tidur kang menjerit cakap sakit...sakit..
kaki asik cramp jer.. dia tolong urut sambil mata terpejam. haha


Masa 38 week berat badan naik 69 kau!
pencapaian terbaik la setakat ni. hahah
memang nampak gedempol la.
jalan pun cam pengguin.
tapi pengalaman tak yah cerita la. seronok sangat!
celah kangkang ni terlampau sakit sangat.
jalan pun dah tak boleh.. ape lagi..!
ehem!! sambung lak entry bersalin.
tak suspen la cerita panjang-panjang kat sini.



cuma nak bagi tau masa mengadung tu jaga diri elok-elok.
4 bulan awal makan folic acid untuk perkembangan janin dalam perut.
elakkan makan makanan tajam macam tebu, nenas.
makan banyak - banyak sayuran sebab risiko sembelit tinggi.
menangis aku duk dalam tandas masa last-last mengandung.
nak kurangkan cramp kaki ambik kalsium lebih.
makan makanan berkhasiat.
supliment Dr bagi acid folic, kalsium and magnesium.
so teruskan makan sampai akhir. 
cuma folic acid tak silap aku lepas 5 bulan tak makan pun takpa.


lagi apa yer nak pesan.
kalau nak elakkan anak jaundis atau kuning,
masa pregnant jangan makan asam banyak sangat.
kurangkan fast food.
makan buah-buahan.
nak senang bersalin akhir-akhir trimester ketiga makan minyak kelapa dara.
pastu minum air kelapa.


ok. jumpa lagi next tme.. tata :)

May 23, 2015

Pengalaman pembedahan buang kelenjar Tiroid


Salam and Hi,


sebelum kita cerita bab-bab bersalin semua tu kita mulakan cerita sebelum mengandung nak. ececeh.
hakak ni dulu adalah pengidap hypertiroid.
haaa.. sapa sama cerita dengan kita?
nak tau detail tak?
nak juga cerita dalam blog ni sebagai panduan untuk mereka yang senasib dengan hakak yer.


tak silap benda ni jadi tahun 2010.
kite tengah makan nasi dengan ikan la kan. tak ingat ikan masak apa.
lepas tu tercekik tulang ikan koo..
haaa.. satu hal pulak nak korek anak tekak.
macam-macam cara buat nak keluarkan tulang. tak jalan jugak.
so tunggu la dia tertanggal sendiri.. dalam 3 hari baru hilang tulang ikan tu.


dipendekkan cerita lepas tu biarkan jela kan sebab tak sakit.
tapi makin lama makin membesar kelenjar ni.
kat tekak tu nampak la macam benguk.
bila nak telan makanan makin sakit.
so dah sampai tahap telan makan rasa sempit je tekak ni.
jumpa la pakar dekat PPUM tahun 2012.
mereka checkup and decide untuk buat operation buang separuh kelenjar tiroid sebab nak tau sama ada kanser ataupun kelenjar menbengkak je.


So September 2012 masuklah aku ke PPUM tu.
cuak memang cuak. 
First time kau kena admit wad dan cucuk-cucuk ubat ni.
Doktor nak bedah dekat leher tu.
Duduk hospital pun 3 hari 2 malam jer.
Alhamdulillah la tak lama. kalau tak makin lemah aku tengok pesakit lain tau.
Dalam wad tu semua pesakit kanser.


Hari pertama nak admit pun lambat dapat katil.
PPUM memang full la sebab separa kerajaan kan.
tapi servis memang tiptop. terbaik bak ang. haha
kul 8 datang kul 2 petang baru dapat katil.
itu pun diorang letak kat wad mata sebab wad surgeri penuh.
so kena tido satu malam sebab esoknya pagi-pagi Dr nak buat operation.


Esoknya, dalam kul 6 pagi nurse dah kejut bersihkan badan.
sebab pukul 7 Dr nak datang cek.
Satu je masalah. PPUM ramai Dr Pelatih.
Kira kau asik kena interview jela dengan diorang.
Kau kena puasa la kan tak boleh makan apa-apa sebelum tu.



gambar kelenjar tiroid membengkak. besar kan


Pukul 8 pagi dah kena tolak pergi operation room.
Sejuk giler dalam tu. menggigil-gigil badan ni.
Sampaikan nurse terpaksa letak warmer (cecair dalam plastik) atas badan.
So Dr bius dah sampai. Dia suntik bius penuh.
Lepas pada tu tak ingat apa-apa dah.


Tak silap aku operation tu dalam 3 jam.
Dr Ng, pakar di PPUM ada terangkan risiko operation tiroid ni.
Di sebabkan operation di bahagian leher yang penuh dengan urat saraf, so pelbagai kemungkinan berlaku.
Dr cakap kesan mungkin suara bertukar, penglihatan kurang.
Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan baik.


Lepas pada operation tu kesan bius masih ada.
Dr panggil nama beberapa kali baru aku sedar.
Tapi nak gerakkan kepala sakit.
Dr cakap jangan terbatas gerakkan kepala tu.
Kena selalu gerakkan supaya darah mengalir.
Tapi sakit giler kot.


Aku dibawa ke wad surgeri.
Pokcik didie dah menunggu kat wad.
Dia la temankan aku.wuwuwu. terharu.
Kesan ubat bius tu aku muntah selambak.
Pahit jer rasa tekak ni. disebabkan salur darah eden ni halus, Dr masukkan darah kat kaki ok! sakit giler kot nak berjalan. bila cabut je tiub tu darah menitis-nitis kat lantai.waaa!!
 Tidur wad satu malam dan esok boleh discharge.



lepas operation. ubat bius masih adal lagi ni. separa sedar




dekat je kan dengan saluran pernafasan kita



Lepas pada seminggu jumpa Dr untuk cuci bahagian jahit tu. 
Dr cerita diorang dah diagnosis sample and itu bukan kanser.
Sample dalam 0.85 g. Kira Dr buang separuh kelenjar Tiroid tu.
kelenjar membengkak saja. alhamdulillah.
rasakan la berpantang macam orang baru lepas bersalin.
2 minggu jugak la berpantang. makan bubur.
minum pati ikan haruan. tidur pun kena duduk.
memang sakit. pengalaman berharga tu.


Buat yang tak tahu, kelenjar tiroid ni mengawal metabolisma dalam badan kita.
sebab tu sebelum operation aku disahkan hypertiroid.
terketar-ketar, cepat terasa sejuk-sejuk badan, berat badan tak naik walaupun makan banyak, jantung berdegup laju. banyak lagi tanda-tanda hypertiroid ni.



haaa..lepas operation terus aku jadi Hypotiroid.
berat badan menaik dengan mendadak, sembelit,buasir.
giler kau sakit kot. then Dr decide bagi thyroxine 0.5 microgram.
setiap hari la aku kena makan ubat ni seumur hidup k.
kelenjar tiroid aku x mampu nak hasilkan tyroxine (T4) ni lagi.



sampailah aku mengandung still kena makan juga thyroxine ni.
tapi dos yang sesuai la kan.
risiko untuk dapat anak lembam Dr kata.
tapi alhamdulillah Dhia ramadhani lahir dan aktif jer sekarang.
Tapi Dr nasihatkan jarakkan anak 4-5 tahun sebab ni la.
Risiko dapat anak lembam (tak aktif).




ini gambar lepas sebulan. alhamdulillah dah sihat.


So, inilah serba sedikit coretan pengalaman aku. 
boleh la jadi rujukan untuk sesiapa senasib dengan I kan.
owh ye.. kebanyakan pengidap tiroid ni perempuan yer.
tak kira peringkat umur.
so jagalah kesihatan anda. hehe