May 28, 2015

First time mengandung. Happynya!

Salam and Hi semua!


Entry kali ni nak cerita pengalaman mengandung pula.
Mesti first time mama excited giler kan..kan.
Sama jugak dengan aku. Hee..
Jom kita mulakan...


Aku dapat tau positif mengandung lepas kitorang kahwin 10 bulan.
Alhamdulillah.. Sebenarnya merancang juga.
Disebabkan pekerjaan aku yang kena hadap chemical hari-hari.
Risk tu tetap ada.
Tapi tak tahan tengok baby yang kiut miut tu.
Terasa la nak anak sendiri.
So.. mari la buat anak.. bahahah
*macam ngoks je kan.


Period aku teratur setiap bulan.
So dapat detect lepas seminggu tak datang period. haha
Patot la aku mengidam makan mangga muda.
Banyak giler kot makan dalam sebulan tu.
Then try UPT test beli kat farmasi.
So dua-dua nervous. hahah
Lepas test tu pokcik didie tengok aku, aku tengok die.
Dua line weh. Wah!! rezeki kami! Alhamdulillah..
Dua-dua excited.


So nak confirmkan betul-betul kami pegi la klinik kesihatan.
Kena  bayar RM 20 untuk test tu.
Apa lagi. result positif. kami pun happy bagi tau family masing-masing.
Kat kawan-kawan tak bagitau pun.
tu pun lepas 4 bulan baru bgitau diorang.
Sebab masih baru kan. So kite chill dulu :)


Lepas jer dapat tau aku mengadung 4 minggu tu, terus rasa loya-loya.
Kemain ko kan morning sickness. haha
Sebelum ni takde la pulak.
So simptom2 orang mengandung ni badan jadi lemah je, rasa nak tido je.
bayangkan aku jarang tido siang siap bawak selimut dan bantal kat office.
baring la atas lantai ni. hahaha
makan pun tak lalu. dulu suka makan ikan tak suka ayam.
sekarang dah terbalik lak. tak boleh tengok ikan. loya je tekak ni.


makan ape-ape je tak lalu. siap turun berat badan la trimester pertama tu.
dari 49 kg ke 47 kg. haa.. menanggung la 4 bulan jugak.
tapi badan I maintain jela. yang mengembang tu atas bawah jer. sakit ooo.
masuk je 5 bulan morning sickness dah takda.
tapi hidung ni jadi tajam la.
kan pergi keja naik komuter.
tak tahan masa balik kerja macam-macam bau ada.
siap bau bawang putih la, perfume orang la. hahaha
jahat tau rasenye asik duk tutup-tutup hidung. kehkeh.


so selera makan pun macam raksasa lepas tu.
naik la balik ke 50 kg.
trimester kedua ni lebih chill..
tak banyak ragam sangat.
simpton tido siang pun berlalu pergi. hahaha 
tapi perot orang mengandung still tak nampak-nampak lagi.
padanlah orang tak bagi tempat duduk kat I. cis!
siap pegi langkawi la tu. wahaha


masuk 7 bulan. trimester ketiga baru la ade perubahan diri ni.
perot baru nampak.
selera makan makin kuat. berat naik sampai 60 kg.
suka sangat makan buah-buah manis.
durian, tembikai, mangga, anggur.
so orng kata anak lelaki.
tapi pegi scan tak nampak pun. 
Dr assume anak perempuan.
kami tak kisah asalkan sihat ye nak..


owh yer. aku buat buku merah lepas 3 bulan mengandung.
tapi checkup lepas-lepas pegi klinik swasta jer.
bayar dalam RM 100 jugak sebulan. 
kat klinik famili di kinrara.
Dr fatimah yang cek aku. baik orangnye.
sampai 6 bulan kot. 
pastu kena follow up kat PPUM sebab ada sejarah  tiroid kan.
mak kan berisiko masa mengandung.
kat PPUM paling cepat check up 8 bulan ko mengandung.
terlampau ramai orang kat sana.


takpa. untuk dapatkan yang terbaik mak sanggup tunggu.
booking pun kat PPUM bayar RM500.
first minum air gula masa 38 week.
tapi sedap jer rasa nye. ada perisa oren. hehe
Dr kat PPUM tu cakap if tak beranak lagi masa 40 weeks dia nak induce.
mengadu la kat die cakap sakit kat ari-ari.
tapi Dr bagitau semua ok.
jangan risau. air ketuban semua ok.


masa 36 week ada gak g KK tanya.
kenapa asik sakit kat ari-ari.
katanya  baby dah masuk laluan dah tu.
pastu suh prepare barang-barang nak bawak gi hospital.
mak ingat lambat lagi nak... haha
badan dah bertambah sakit.
tidur pun tak boleh.
malam-malam pakcik la jadi mangsa urut kaki.
tengah-tengah tidur kang menjerit cakap sakit...sakit..
kaki asik cramp jer.. dia tolong urut sambil mata terpejam. haha


Masa 38 week berat badan naik 69 kau!
pencapaian terbaik la setakat ni. hahah
memang nampak gedempol la.
jalan pun cam pengguin.
tapi pengalaman tak yah cerita la. seronok sangat!
celah kangkang ni terlampau sakit sangat.
jalan pun dah tak boleh.. ape lagi..!
ehem!! sambung lak entry bersalin.
tak suspen la cerita panjang-panjang kat sini.



cuma nak bagi tau masa mengadung tu jaga diri elok-elok.
4 bulan awal makan folic acid untuk perkembangan janin dalam perut.
elakkan makan makanan tajam macam tebu, nenas.
makan banyak - banyak sayuran sebab risiko sembelit tinggi.
menangis aku duk dalam tandas masa last-last mengandung.
nak kurangkan cramp kaki ambik kalsium lebih.
makan makanan berkhasiat.
supliment Dr bagi acid folic, kalsium and magnesium.
so teruskan makan sampai akhir. 
cuma folic acid tak silap aku lepas 5 bulan tak makan pun takpa.


lagi apa yer nak pesan.
kalau nak elakkan anak jaundis atau kuning,
masa pregnant jangan makan asam banyak sangat.
kurangkan fast food.
makan buah-buahan.
nak senang bersalin akhir-akhir trimester ketiga makan minyak kelapa dara.
pastu minum air kelapa.


ok. jumpa lagi next tme.. tata :)

No comments: