sile clik (0.o)

Aug 26, 2011

Resepi Buat Coklat. Sedapnyerr!!!


salam semua.
seperti yang dijanjikan.... TADAAAA!
Resepi buat coklat yang sedap n lazat.
nyum2.
Jom mula!

Bahan-Bahan:

1) Coklat compound apa2 jenama. yang aku slalu guna Jenama Beryl`s. RM 14.50. Cari la kat kedai perkakas buat kek. Korang boleh pilih nak perisa White, Mild N Dark Coklat.

2) Kacang badam. yang ni ikut suka korang nak yang sebijik-sebijik ker atau yang cincang tu. kalau sebijik2 tu aku potong dua. yang cincang tu aku campur dalam coklat nanti. Harga aku beli RM 8.50 dalam 500g.

3) acuan untuk coklat. tak kisah apa2 bentuk pun. yang kecik2 lagi comel. RM 3.00 sepapan.

4) Pembalut coklat. kat kedai kek dia jual RM10.50 100 keping. kalau nak murah beli yang aluminium foil. aku beli kat kedai jepun DAISO rm5.00.


so, senang je kan bahan2 dia. yang coklat tu korang x yah risau nak campur gula ke susu ker sebab memang dah ready made semua. tinggal nak cairkan jer. jom tengok cara2 nak buat yer.


Cara-cara:

1) Cairkan coklat guna double boiling. mula2, panaskan air dalam periuk besar.   letak separuh jer air tu. lepas tu, jangan biar sampai mendidih. agak2 dia dah panas, tutup api.

2) letakkan coklat dalam mangkuk kaca tahan panas, lepas tu letak mangkuk dalam air panas tu. kacau sampai cair. CAUTION: jangan biarkan setitik air pun masuk ke dalam coklat. nanti x jadi. heheh. so, kacau dengan berhati-hati.


3) Bila coklat dah cair, masukkan badam cincang dan kacau. kalau nak ganti dengan kacang ker, kismin ker boleh juga. ikot citarasa korang. Owh, sebelum tu gorengkan badam tanpa minyak sampai jadi ringan yer.

4) tuang coklat ke dalam acuan. letakkan separuh dulu.

5) letakkan badam yang dah dibelah ke dalam acuan. lepas tu tutup badam dengan letakkan coklat ke atas badam.

6) lastly, masukkan ke dalam peti sejuk. tunggu dalam 15 minit n siap di hidang!

7) korang yang nak buat majlis untuk raya tu, boleh la balut coklat tu n letak dalam balang. simpan tempat yang kering. nanti kang die cair.






Coklat compound yang aku gunakan. Made in Malaysia lagi :P


dah masukkan ke dalam acuan. letak separuh dulu coklat tu.


ni dalam acuan ABC. comel jer. heheh


coklat yang telah di cairkan. banyakkan dapat.


haha. baru mula nak membalut. jenuh weh!!


badam yang siap di goreng tanpa minyak.


dan diletakkan dalam acuan. lepas tu letakkan coklat nak tutup badam ni.


haaa. ni lah hasilnyer..  pembalut yang ni beli kat kedai kek RM10.50 tu. dah siap gunting ikot size coklat tu.


yang ni pembalut yang beli kat kedai DAISO. korang kena gunting sendiri la kan.


haha. kan dah comel tu. warna hijau lagi.


so, korang2 tu, ape lagi.
siap cepat pegi kedai kek tu.
cari bahan2 ni. heee~
rasa coklat ni setanding ngan hok yang jual kat kedai tu.
sedap sangat2.
SELAMAT MENCUBA yer!!

owh, lastly, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR N BATIN
dari saya sekeluarga.
yeayy!! esok balik kampung. TATA korang :P

3 comments:

Ummi Aqilah said...

Salam... Tq my dear. Ummi nak g cuba buat arini gak. Terliur tgk coklat awak

Kasih Arus said...

sedapnya....nak cuba ni...tq share.

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Terima kasih berkong resepi ni.

Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...