May 23, 2015

Pengalaman pembedahan buang kelenjar Tiroid


Salam and Hi,


sebelum kita cerita bab-bab bersalin semua tu kita mulakan cerita sebelum mengandung nak. ececeh.
hakak ni dulu adalah pengidap hypertiroid.
haaa.. sapa sama cerita dengan kita?
nak tau detail tak?
nak juga cerita dalam blog ni sebagai panduan untuk mereka yang senasib dengan hakak yer.


tak silap benda ni jadi tahun 2010.
kite tengah makan nasi dengan ikan la kan. tak ingat ikan masak apa.
lepas tu tercekik tulang ikan koo..
haaa.. satu hal pulak nak korek anak tekak.
macam-macam cara buat nak keluarkan tulang. tak jalan jugak.
so tunggu la dia tertanggal sendiri.. dalam 3 hari baru hilang tulang ikan tu.


dipendekkan cerita lepas tu biarkan jela kan sebab tak sakit.
tapi makin lama makin membesar kelenjar ni.
kat tekak tu nampak la macam benguk.
bila nak telan makanan makin sakit.
so dah sampai tahap telan makan rasa sempit je tekak ni.
jumpa la pakar dekat PPUM tahun 2012.
mereka checkup and decide untuk buat operation buang separuh kelenjar tiroid sebab nak tau sama ada kanser ataupun kelenjar menbengkak je.


So September 2012 masuklah aku ke PPUM tu.
cuak memang cuak. 
First time kau kena admit wad dan cucuk-cucuk ubat ni.
Doktor nak bedah dekat leher tu.
Duduk hospital pun 3 hari 2 malam jer.
Alhamdulillah la tak lama. kalau tak makin lemah aku tengok pesakit lain tau.
Dalam wad tu semua pesakit kanser.


Hari pertama nak admit pun lambat dapat katil.
PPUM memang full la sebab separa kerajaan kan.
tapi servis memang tiptop. terbaik bak ang. haha
kul 8 datang kul 2 petang baru dapat katil.
itu pun diorang letak kat wad mata sebab wad surgeri penuh.
so kena tido satu malam sebab esoknya pagi-pagi Dr nak buat operation.


Esoknya, dalam kul 6 pagi nurse dah kejut bersihkan badan.
sebab pukul 7 Dr nak datang cek.
Satu je masalah. PPUM ramai Dr Pelatih.
Kira kau asik kena interview jela dengan diorang.
Kau kena puasa la kan tak boleh makan apa-apa sebelum tu.



gambar kelenjar tiroid membengkak. besar kan


Pukul 8 pagi dah kena tolak pergi operation room.
Sejuk giler dalam tu. menggigil-gigil badan ni.
Sampaikan nurse terpaksa letak warmer (cecair dalam plastik) atas badan.
So Dr bius dah sampai. Dia suntik bius penuh.
Lepas pada tu tak ingat apa-apa dah.


Tak silap aku operation tu dalam 3 jam.
Dr Ng, pakar di PPUM ada terangkan risiko operation tiroid ni.
Di sebabkan operation di bahagian leher yang penuh dengan urat saraf, so pelbagai kemungkinan berlaku.
Dr cakap kesan mungkin suara bertukar, penglihatan kurang.
Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan baik.


Lepas pada operation tu kesan bius masih ada.
Dr panggil nama beberapa kali baru aku sedar.
Tapi nak gerakkan kepala sakit.
Dr cakap jangan terbatas gerakkan kepala tu.
Kena selalu gerakkan supaya darah mengalir.
Tapi sakit giler kot.


Aku dibawa ke wad surgeri.
Pokcik didie dah menunggu kat wad.
Dia la temankan aku.wuwuwu. terharu.
Kesan ubat bius tu aku muntah selambak.
Pahit jer rasa tekak ni. disebabkan salur darah eden ni halus, Dr masukkan darah kat kaki ok! sakit giler kot nak berjalan. bila cabut je tiub tu darah menitis-nitis kat lantai.waaa!!
 Tidur wad satu malam dan esok boleh discharge.



lepas operation. ubat bius masih adal lagi ni. separa sedar




dekat je kan dengan saluran pernafasan kita



Lepas pada seminggu jumpa Dr untuk cuci bahagian jahit tu. 
Dr cerita diorang dah diagnosis sample and itu bukan kanser.
Sample dalam 0.85 g. Kira Dr buang separuh kelenjar Tiroid tu.
kelenjar membengkak saja. alhamdulillah.
rasakan la berpantang macam orang baru lepas bersalin.
2 minggu jugak la berpantang. makan bubur.
minum pati ikan haruan. tidur pun kena duduk.
memang sakit. pengalaman berharga tu.


Buat yang tak tahu, kelenjar tiroid ni mengawal metabolisma dalam badan kita.
sebab tu sebelum operation aku disahkan hypertiroid.
terketar-ketar, cepat terasa sejuk-sejuk badan, berat badan tak naik walaupun makan banyak, jantung berdegup laju. banyak lagi tanda-tanda hypertiroid ni.



haaa..lepas operation terus aku jadi Hypotiroid.
berat badan menaik dengan mendadak, sembelit,buasir.
giler kau sakit kot. then Dr decide bagi thyroxine 0.5 microgram.
setiap hari la aku kena makan ubat ni seumur hidup k.
kelenjar tiroid aku x mampu nak hasilkan tyroxine (T4) ni lagi.



sampailah aku mengandung still kena makan juga thyroxine ni.
tapi dos yang sesuai la kan.
risiko untuk dapat anak lembam Dr kata.
tapi alhamdulillah Dhia ramadhani lahir dan aktif jer sekarang.
Tapi Dr nasihatkan jarakkan anak 4-5 tahun sebab ni la.
Risiko dapat anak lembam (tak aktif).




ini gambar lepas sebulan. alhamdulillah dah sihat.


So, inilah serba sedikit coretan pengalaman aku. 
boleh la jadi rujukan untuk sesiapa senasib dengan I kan.
owh ye.. kebanyakan pengidap tiroid ni perempuan yer.
tak kira peringkat umur.
so jagalah kesihatan anda. hehe





9 comments:

LONGKOLANG said...

Kàlàu makan ubat je tak payah operàte boleh tak. Boleh susut bengkak tak kalau mkn ubat je.

MisZteEN said...

dia depends pada paras hormon T3 dan T4 dalam badan kita. kena buat ujian darah dulu baru tau kita hypo atau hyper tiroid.

Ada orang makan ubat je. ni sebab kita dah susah nak telan and bernafas. tu yang kena operate tu.

Ayah Najmi said...

thanks kat sharing info..mungkin boleh singgah blog sy utk ketahui rawatan alternatif yg sangat2 membantu.

Ayah Najmi said...

*thanks kak

s..a..y..a... (^_^) said...

thanx atas maklumatnya...sangat berguna dan membantu untuk persiapan mental dan fizikal sebelum operation haritu..

Anonymous said...

agak2 berapa ye kos kalau kita nak cek tiroid ?

MisZteEN said...

s..a..y..a... (^_^) awak pun dah buat operation ke? so sekarang macam mana? dah sihat ke?



anonymous.. boleh buat medical checkup kat klinik2 biasa dulu. cek darah. saya tak sure sebab direct dengan PPUM. awak ada ketulan dekat tekak ke?

suraya said...

MasyaAllah.. terima kasih atas perkongsian.. semoga segala urusan dipermudahkan.. Aamiin

CikLa Shahril said...

Salam. CikLa pun baru je 3/5 haritu. Tp cikla operate total. Doktor bg levo thyroxine kena mkn setiap hari sebiji. Alhamdullillah dah makin sihat. Dh berjimba ikut anak2 beriadah ni. Tp still dlm kawalan. Makanan masih pantang.

Semoga kita sentiasa sihat dan tabah hadapi dugaan ni.. Sep sikit!