May 23, 2015

Pengalaman pembedahan buang kelenjar Tiroid


Salam and Hi,


sebelum kita cerita bab-bab bersalin semua tu kita mulakan cerita sebelum mengandung nak. ececeh.
hakak ni dulu adalah pengidap hypertiroid.
haaa.. sapa sama cerita dengan kita?
nak tau detail tak?
nak juga cerita dalam blog ni sebagai panduan untuk mereka yang senasib dengan hakak yer.


tak silap benda ni jadi tahun 2010.
kite tengah makan nasi dengan ikan la kan. tak ingat ikan masak apa.
lepas tu tercekik tulang ikan koo..
haaa.. satu hal pulak nak korek anak tekak.
macam-macam cara buat nak keluarkan tulang. tak jalan jugak.
so tunggu la dia tertanggal sendiri.. dalam 3 hari baru hilang tulang ikan tu.


dipendekkan cerita lepas tu biarkan jela kan sebab tak sakit.
tapi makin lama makin membesar kelenjar ni.
kat tekak tu nampak la macam benguk.
bila nak telan makanan makin sakit.
so dah sampai tahap telan makan rasa sempit je tekak ni.
jumpa la pakar dekat PPUM tahun 2012.
mereka checkup and decide untuk buat operation buang separuh kelenjar tiroid sebab nak tau sama ada kanser ataupun kelenjar menbengkak je.


So September 2012 masuklah aku ke PPUM tu.
cuak memang cuak. 
First time kau kena admit wad dan cucuk-cucuk ubat ni.
Doktor nak bedah dekat leher tu.
Duduk hospital pun 3 hari 2 malam jer.
Alhamdulillah la tak lama. kalau tak makin lemah aku tengok pesakit lain tau.
Dalam wad tu semua pesakit kanser.


Hari pertama nak admit pun lambat dapat katil.
PPUM memang full la sebab separa kerajaan kan.
tapi servis memang tiptop. terbaik bak ang. haha
kul 8 datang kul 2 petang baru dapat katil.
itu pun diorang letak kat wad mata sebab wad surgeri penuh.
so kena tido satu malam sebab esoknya pagi-pagi Dr nak buat operation.


Esoknya, dalam kul 6 pagi nurse dah kejut bersihkan badan.
sebab pukul 7 Dr nak datang cek.
Satu je masalah. PPUM ramai Dr Pelatih.
Kira kau asik kena interview jela dengan diorang.
Kau kena puasa la kan tak boleh makan apa-apa sebelum tu.



gambar kelenjar tiroid membengkak. besar kan


Pukul 8 pagi dah kena tolak pergi operation room.
Sejuk giler dalam tu. menggigil-gigil badan ni.
Sampaikan nurse terpaksa letak warmer (cecair dalam plastik) atas badan.
So Dr bius dah sampai. Dia suntik bius penuh.
Lepas pada tu tak ingat apa-apa dah.


Tak silap aku operation tu dalam 3 jam.
Dr Ng, pakar di PPUM ada terangkan risiko operation tiroid ni.
Di sebabkan operation di bahagian leher yang penuh dengan urat saraf, so pelbagai kemungkinan berlaku.
Dr cakap kesan mungkin suara bertukar, penglihatan kurang.
Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan baik.


Lepas pada operation tu kesan bius masih ada.
Dr panggil nama beberapa kali baru aku sedar.
Tapi nak gerakkan kepala sakit.
Dr cakap jangan terbatas gerakkan kepala tu.
Kena selalu gerakkan supaya darah mengalir.
Tapi sakit giler kot.


Aku dibawa ke wad surgeri.
Pokcik didie dah menunggu kat wad.
Dia la temankan aku.wuwuwu. terharu.
Kesan ubat bius tu aku muntah selambak.
Pahit jer rasa tekak ni. disebabkan salur darah eden ni halus, Dr masukkan darah kat kaki ok! sakit giler kot nak berjalan. bila cabut je tiub tu darah menitis-nitis kat lantai.waaa!!
 Tidur wad satu malam dan esok boleh discharge.



lepas operation. ubat bius masih adal lagi ni. separa sedar




dekat je kan dengan saluran pernafasan kita



Lepas pada seminggu jumpa Dr untuk cuci bahagian jahit tu. 
Dr cerita diorang dah diagnosis sample and itu bukan kanser.
Sample dalam 0.85 g. Kira Dr buang separuh kelenjar Tiroid tu.
kelenjar membengkak saja. alhamdulillah.
rasakan la berpantang macam orang baru lepas bersalin.
2 minggu jugak la berpantang. makan bubur.
minum pati ikan haruan. tidur pun kena duduk.
memang sakit. pengalaman berharga tu.


Buat yang tak tahu, kelenjar tiroid ni mengawal metabolisma dalam badan kita.
sebab tu sebelum operation aku disahkan hypertiroid.
terketar-ketar, cepat terasa sejuk-sejuk badan, berat badan tak naik walaupun makan banyak, jantung berdegup laju. banyak lagi tanda-tanda hypertiroid ni.



haaa..lepas operation terus aku jadi Hypotiroid.
berat badan menaik dengan mendadak, sembelit,buasir.
giler kau sakit kot. then Dr decide bagi thyroxine 0.5 microgram.
setiap hari la aku kena makan ubat ni seumur hidup k.
kelenjar tiroid aku x mampu nak hasilkan tyroxine (T4) ni lagi.



sampailah aku mengandung still kena makan juga thyroxine ni.
tapi dos yang sesuai la kan.
risiko untuk dapat anak lembam Dr kata.
tapi alhamdulillah Dhia ramadhani lahir dan aktif jer sekarang.
Tapi Dr nasihatkan jarakkan anak 4-5 tahun sebab ni la.
Risiko dapat anak lembam (tak aktif).




ini gambar lepas sebulan. alhamdulillah dah sihat.


So, inilah serba sedikit coretan pengalaman aku. 
boleh la jadi rujukan untuk sesiapa senasib dengan I kan.
owh ye.. kebanyakan pengidap tiroid ni perempuan yer.
tak kira peringkat umur.
so jagalah kesihatan anda. hehe





79 comments:

LONGKOLANG said...

Kàlàu makan ubat je tak payah operàte boleh tak. Boleh susut bengkak tak kalau mkn ubat je.

MisZteEN said...

dia depends pada paras hormon T3 dan T4 dalam badan kita. kena buat ujian darah dulu baru tau kita hypo atau hyper tiroid.

Ada orang makan ubat je. ni sebab kita dah susah nak telan and bernafas. tu yang kena operate tu.

Ayah Najmi said...

thanks kat sharing info..mungkin boleh singgah blog sy utk ketahui rawatan alternatif yg sangat2 membantu.

Ayah Najmi said...

*thanks kak

s..a..y..a... (^_^) said...

thanx atas maklumatnya...sangat berguna dan membantu untuk persiapan mental dan fizikal sebelum operation haritu..

Anonymous said...

agak2 berapa ye kos kalau kita nak cek tiroid ?

MisZteEN said...

s..a..y..a... (^_^) awak pun dah buat operation ke? so sekarang macam mana? dah sihat ke?



anonymous.. boleh buat medical checkup kat klinik2 biasa dulu. cek darah. saya tak sure sebab direct dengan PPUM. awak ada ketulan dekat tekak ke?

suraya said...

MasyaAllah.. terima kasih atas perkongsian.. semoga segala urusan dipermudahkan.. Aamiin

Cikla Shahril said...

Salam. CikLa pun baru je 3/5 haritu. Tp cikla operate total. Doktor bg levo thyroxine kena mkn setiap hari sebiji. Alhamdullillah dah makin sihat. Dh berjimba ikut anak2 beriadah ni. Tp still dlm kawalan. Makanan masih pantang.

Semoga kita sentiasa sihat dan tabah hadapi dugaan ni.. Sep sikit!

Zura85 said...

Berapa yer kos operate klu swasta

Unknown said...

cikla blh kita wsap..sy nk tahu lebih sikit..sbb optr saya 22hb ni..doktor ckp nk kena buang dua2 01113390136

Shuhada Ridzuan said...

Wahhh xsangke jumpe geng kat sini..sy pun decide nak operate..aritu dr cucuk ambik sample dah..dr suruh pk2 nak operate ke x..sbb bengkak makin besa..huhu doakan sy ea..

June said...

Assalamualaikum..nak tanya klu sel thyroid kita dah buang ke22 nya msh boleh mengandung ker?mohon pertolongan anda semua yg baik hati..

Unknown said...

Assalamualaikum.. boleh wassap sy? Sy hyperthyroid. Tp bengkak dr suruh buang semua. Mohon pertolongan 😢 017-4542374

lieya Kamz said...

masa saya dulu (2016) hamil anak kedua masa tu 5 bulan kandungan, doktor buat prosedure FNAC untuk ambil sample tisu kat tiroid. alhamdulillah bukan sel kanser. sekarang baru doktor nak buat operation. tapi bengkak tak besar sangat pun.

Unknown said...

Saya baru buat op tiroid. Buang semua. Baru 5 hari. Docx jahit tp gam je. Mngkin klau gam parut kecil skit kot. X pasti. Tp yg pasti skrg rasa bengkak di leher masih ada dan rasa tercekik tu blom hilang spenuhnya

smile alwayys said...

Sis selepas pembedahan tu boleh cakap ke . I mean masa tu cakap macam berbisik ke . Pastu boleh ke batuk selepas pembedahan

Ady said...

Salam,brapa lama nak semboh se lepas operate..

Unknown said...

Senasib kita kak....tunggu keputusan darah keluar jika tak ok...pemedahan kan d jalankan...allah yang tahu...nk menagis pn xde guna...berserah pada allah swt...

Unknown said...

Saya insyaallah besok bru nk g check KT hospital.. SBB da rasa mcm ssh nk nafas time baring.. Makan sume alhamdulilah OK lg.. Takut risau sume ada.. Semoga dipermudahkan segala urusan saya esok..

Unknown said...

Sy bln 11 2017 hrtu bru lpas operate tiriod.doc buang separuh je..doc ckp bkn kanser..dan sy xkna pula mkn ubat utk seumur hidup tu..nak tnya..klau prenant ganggu baby ke..

MisZteEN said...

Maaf sangat2 semua.. dah lama x kunjung blog ni. tak perasan ada yang tanya soalan.

suraya: sama-sama. Apa yang boleh saya tolong ialah pengalaman semasa pembedahan tu. Diharap dapat info yang di perlukan.

CikLa Shahril : Alhamdulillah operation berjalan lancar. saya sekarang tak bergantung dah dengan ubat sebab hormon T3 dan T4 dah stabil. siap dah pregnant dua2 anak lagi. Alhamdulillah mereka berdua sihat.

Zura85 : Saya x pasti la cik kos perubatan di hospital swasta. kalau cik ada insurans boleh gunakan masa ini la.

MisZteEN said...

Unknown : Maafkan saya tak tengok mesej ni setahun lepas. huhuhu. Di harap cik sihat sejahtera sekarang.


Shuhada Ridzuan: Hehehe. yela. saya cari info dalam google pun tak banyak. kita sama-sama share info ya.

June: Maaf cik. Jawapan tu kena tanya doktor. Tapi setahu saya tyroid ni kawal metabolisma dalam badan kita. Cuba cik dapat nasihat dari yang pakar.

Nur Atikah: Huhuhu.. maafkan saya cik.. saya baru perasan mesej cik. Diharap cik OK sahaja.

MisZteEN said...

lieya Kamz : Alhamdulillah.. Tapi jika dah bengkak dia susah nak surutkan. Penyakit ni pun boleh jadi dari genetik. Ayah saya ada tyroid.


Liza Ali : Betul2. doktor gam saja. tapi takut nak gerakkan kepala kan..huhuhu.. tapi 2 minggu dah ok dah. cuma kena makan pantang jela jangan makan makanan yang boleh membuatkan gatal.


smile alwayys : Boleh je bercakap. cuma xselesa je telan air liur. Batuk tu sakit jugak. tapi saya x batuk la masa operation tu.


Wasalam: Dalam masa 2 minggu dah ok dah. kena pantang makan dan banyakkan gerak kepala supaya darah x beku di tempat operation tu.

MisZteEN said...

sekasih salju : tak apa. Itu ujian buat kita. jangan takut. tak ada apa pun. fikir benda tu untuk memudahkan kita je. Jangan fikir negatif ya.

Unknown: Amiin.. semoga dipermudahkan urusan ya.

murah rezeki : Alhamdulillah semua selamat. maksudnya hormon dalam badan awak tu stabil la. x ganggu kandungan pun sebab hormon awak stabil. Jangan risau sangat ya.

Unknown said...

Insyallah boleh. Kawan saya dpt Anak dah

Unknown said...

Saya nak tanya boleh minum apa2 prodak yg ada colegen?

MisZteEN said...

Unknown : Betul2. rezeki tuhan yang beri.. doa banyak2.

Unknown: Hi, nak tanya kenapa nak minum ye? tak perlu product2 ni semua. ikut saja saranan doktor. nanti x pasal2 dapat penyakit lain makan product2 ni.

Unknown said...

Saya baru discharge smlm.. buat dkt avisena spital.. saya punya kecik ja..kiri knn ada. Tp sy buang yg nmpk ja. Sbb dokter xnak sy mkn ubt seumor idup. Biar saya kawen, ngandung branak dulu baru buang lg sblh. Tp tu pon dokter kate amek masa dlm 10tahun gak klu nk besar tiroid tu..
5 hari kene tahan wad. Kos pembedahan hampir rm13k. Nsb baik ada insurance. 😅😅

Unknown said...

Kua bilik bedah, nurse dah sedarkan saya. Masuk wad, terus mkn ns ayam. Lapar.. hahaah

MisZteEN said...

Unknown: wow! mahalnye cost tu.. nasib la awak dah siap2 beli insurans awal2 kan. lamanya dia tahan.. saya 3 hari lepas tu dia suruh rehat di rumah. ye.. ye.tiroid ni la kawal hormon dalam badan kita. kalau x mengganggu boleh je biarkan.


nurul syifa:wahahaha.. hebat! x rasa sakit ke makan nasi? saya nk telan pun payah.. takut weh.

Anonymous said...

Salam..pnyakit tiroid nie bolehkah makan jamu..

Unknown said...

sis klo hospitl kerajaan berapa ye kos operte tyroid tu ye..

Unknown said...

Saya buat di ppum pada 2012 dengan kos rm600++. Itu half gov. Tapi kalo kat gov murah je. Awak standby la rm300.. kena tanya balik di hospital.

Unknown said...

kat mana yang murah klau nak buat.saya lama dah kene tapi pergi hospital kerajaan lambat jugak nak buat.sekarang tak follow lagi.mana tempat kos buat ok ye.

Unknown said...

SAlam cik syuhada..saya nurul,nnt nk kena cucuk utk ambik sampel..Myb kalau sel tu kanser kena operate..Saya nk tanya awak dh buat operte ke belum?boleh saya tahu kos operate?

Emma marine said...

Hi miszteen...sy bru nk kne buang dua2 ni nxt mth..rasa seram sbb dgr ayat operate tu..takut nye da dua hari nangis..huhuhu

Emma marine said...

Salam sia..mcmana keadaan sis lepas buang dua2 skrg..sy bakal dibedah nxt mth..nervous sgt

Anonymous said...

Wasalam Emma marine.. saya dulu pun macam sis juga. ambik masa yang lama nak decide untuk operate. Tapi demi kesihatan kita kena buat jugak sebab dah mengganggu untuk makan n bernafas kan.. apa yang sis perlu buat bersedia fizikal mental sis.. Jangan fikir sangat.. insyaallah baik2 saja. Sakit memang sakit.. 3 hari pertama tu memang sakit.. tapi sis kena juga gerakkan kepala supaya tak ada darah beku kat kawasan operate. Untuk baik saya ambil 2 minggu untuk recover.Makan pun berpantang. Jangan makan makanan yang gatal, bisa. Banyakkan makan oren untuk Vit C. Yang lain ialah perlu moral support dari family. Tu yang penting. Saya harap semua berjalan lancar. Alhamdulillah doktor sahkan hanya ketumbuhan. Sekarang tinggal parut jela. hehehe.. Sis boleh punya. Kita kan kuat.

Aini said...
This comment has been removed by the author.
Aini said...

Salam... saye pon ade decide nak operate sbb heartrate tggi nak boleh nk control dah. Nak tnye..
1) berape lame berat kembali normal?
2) ubat after surgery mahal ke?

Unknown said...

Aini: Wasalam...

maksud awak kembali normal tu heart beat ke? itu kena tanya doktor yang merawat awak. Saya normal selepas operation. Ubat pula tak mahal sangat. boleh beli di farmasi tapi kena minta resit dari doktor la. saya tak pasti condition kesihatan awak macam mana. lain orang lain metabolisma badan kan

Aini said...

sya surgery cause thyroid bsr takut effect x leh bernafas.
Sbb sye bace mostly after surgery, jadi hypo and berat naik. Tq balas. Just ubat mahal berape rm?

Unknown said...

Aini :owh.. yela. kebanyakan kalau dah buang separuh atau kedua2 akan jadi hypo. normal saja. ubat tu xsilap saya rm40 untuk sebulan (Tyroxine). dh tak ingat sebab saya lepas 3 tahun operation tak perlu makan lagi ubat. tapi jika mengandung kena cek juga bagitau kita pernah operate tyroid. sebab saya kena makan ubat masa mengandung. anak kedua tak perlu sebab dah normal.

Aini said...

Akak buang 2 2 ke? Bukan die life long ke ubat?

Unknown said...

saya buang separuh je.. sebab bengkak separuh. boleh guna lagi sebelah..

Unknown said...

Assalam..maaf nak tnye..selalunye doktor bagi cuti rehat 2mgu ye lps buang tyrod tu

Unknown said...

Habis dah operate ke wak.. Sebb ape dokter operate n awak ade rase cmne

Unknown said...

Sis pernh di biopsi dlu ke sebelum operate dah yg di buang tu just kantung air je ke

Unknown said...

Ketumbuhan dalam bentuk pepejl ye sis.. Leh pm sy x.. 0127990648

Farhana said...

Sy baru kene operate 5/12/2019. Buat dekat hpj kos dlm rm2610 gak la sbb half gov huhu nk tanya yg pernah buat surgery thyroid nie memg ad rs nk tersedak n batuk ke after surgery? Sy buang sblah kanan ke..

Unknown said...

Salam sis... Hai sis... Mcm sme je kes operate kte. SY operate 19/12.. 20/12 Dh blh blik... Masih sakit... Harinie ari ke 3 lps ot... 22/12 bru nk bkk balut...

Unknown said...

Wsalam... Sy dpt sminggu je... Sy start 18/12-24/12...

Unknown said...

Salam.. Saya pn dinasihatkan oleh doc utk bt operation buang thyroid yg ada belah kiri dan kanan. Sya mtk tmpoh sbulan utk decide.21 Jan nti sya kna jumpa doc blk. Sya sbnarnya tkut nk bt operation bila dgr org keliling ckp mcm2.ada yg ckp nti jd bisu la😅..jd lg la bt sya tkut dan berbelah bgi. So lepas baca pngalaman sis semua rasa mcm ok je operation, tgk semua ok. Harap2 Allah permudahkan juga utk sya nanti

Unknown said...

Sy hypertyroid..sy dh mkn ubt carbimazole lebih 10 tahun...dr 2009 hingga kini..alhamdulillah sy pregnant tahun 2013 n ank sy shat...cume slps tuh sy nk pregnant lgik hingga skrg belum ade rezeki lgik..doc gov mintak sy minum iodin n doc x suggest operate..tp sy nk pregnant lgik.bila sy ckp dekat doc sy nk pregnat lgik dia hold kn dlu utk minum iodin..sy cdang nk operate...buntu...sy nk mgandung lgik...ape pilihan yg sy ade...pelbagai doc sy jumpe..mcm2 versi..doc ckp ubt sy mkn skrg nih xelok utk mase jangka pnjang....

kongsi share said...

💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .💪🏼

Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼

*NOTE* :

Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Stay Calm said...

Salam sis, saya suspek kanser tiroid. cuma nanti kena buat biopsy lagi sekali utk tentukn kancer atau tak, benjolan tak besar dan tak sakit.

Saya nak tanya sesiapa tahu tak harga kos operate buang kanser tiroid di hospital kerajaan berapa. Thank you

Unknown said...

Salam sis.. sy NAK tanya if kita xnak buat operation kan ok x? Sy doc suruh buang sebab nak keputusan ambil sampel x pasti benda tyriod apa.. means x pasti Cancer or not. Ujian darah ok Dan ultrasound ok doc cakap benjolan tu tak bahaya.. Ramai suggest x bg operate sebab takut kacau saraf suara. Doc pun dh bgtau risiko tu if buat operation.

Unknown said...

Klu hospital kerajaan di sandakan dlm seratus lebih sja.

Unknown said...

Sayapun lgi teruk sebab operation dua kli. Ambil sempal darah bukan kenser. Lepas operatian sebelah kiri disahkan kenser jdi kena buang lgi sebelah kanan. Rasanya kena kuat hati. Teringatkan sakit lepas operation tu mcam tak mau buat. Tpi bahaya klu ada kenser. Tyroid yg kiri tu ada ketumbuhan kenser tu sdah dibuang tgal kanan lgi. Musim covid19 lgi ni kena ambil test lgi. Kata doktor tak boleh lma2 tgu.Mesti operation. Mungk8n lepas raya sebab saya mau berpuasa. Moga Allah permudahkan urusan pembedahan Aaminn.

Unknown said...

Lepas operation pertama tu tak ada juga perubahan suara masih seperti biasa. Cuma tak selesa. Jahitan masuk dlm tak payah buka.Nampak cantik sja.

Unknown said...

Saya pun baru ja lepas operate 17/4/2020. Sbb bengkak nmpk ketara.blood test OK tp result scan ada nmpk nodul2,so doc sahkan goitre. No choice sbb kena check sama ada kanser or tak. Alhamdulillah lab result bukan kanser. Since dah kena buang dua2 seklai, so xada kilang hormon, doktor kata mmg kena makan ubat thyroxine seumur hiduplah.. Then kena p check darah periodically lah. Huhu..

Unknown said...

Musim Covid-19 kena buat saringan b4 masuk wad, insurance x mau cover.
Masuk wad pun sorang diri. Husband hantar depan entrance ja.. 4D3N.
Masa discharged ja bole masuk jumpa,angkat beg bawa balik rumah.

Unknown said...

Sy baru minggu lepas buang sblh and keputusan makmal kata dalam tyroid ade ketulan kecil kanser, so doc suggestion buang lagi sblh untuk kebaikan 😊

Umuq 21 sis said...

Nak tanya..saya dah buang tiroid dua dua belah.. badan saya naik n badan jadi kebas.. adakah tu normal utk orang yang buat operation ..

Anonymous said...

Hai adik, akak pun sama dah buang dua belah thyroid dan kesannya memang sama macam yg adik cakap. Berat badan cepat naik dan selalu rasa kebas lagi satu badan dah x tahan sejuk. Akak asyik keluar masuk kecemasan je,badan selalu letih sebab bila dah buang dua2 kita jadi hypothyroid. Akak mmg x pernah rasa sihat selepas buang dua belah �� adik mcm mana keadaannya?

Unknown said...

Salam saya baru lepas..oprate 3.3.2020..lg beberapa ari nak 1bulan...tapi nak telan macam trsekat lagi kat oprate tu...saya buang belah kari..sbelah sbji ja naik..tpi skrg lehir belah kanan jd lenguh...sapa ada rasa mcm saya

Anonymous said...

Assalammualaikum.
Tumpang tanya, company insurance ape ye yg cover utk thyroid disease ni in Malaysia?
Saya google tak jumpa.
Siapa2 yg tahu minta tolong ye namakan atau listkan company insurance yg cover sbb niat nk beli nnti.

Anonymous said...

Habis pembedahan berat badan memang naik tak??

Unknown said...

Sebiji.. Lepas discaj terus cari durian

Anonymous said...

Semua company insurans cover surgeri tiroid,janji masa ambi insurans free from penyakit la..so,better early than late

Unknown said...

Assalamualaikum saya baru saja oprite 2minggu lepas..2 2 belah buang..kesan nya sekarang mukin awal lgi rasa kebas2 kaki tangan sejuk dada pun masih berdebar2 ingat kan lepas oprite rasa debar2 hilang masih sama sebelum oprite ..suara alhamdulillah mula2 je serak garau...sapa ada rasa macam saya

Unknown said...

Salam Sis..sekarang dah ok ke..kena buat kimoterapi tak?..berapa lama?..kalau kanser kena beehenti kerja ke?

Ain said...

KLau lps buat pembedahan tyriod blh plan mengandung ke

Anonymous said...

Check darah seratus lebih di klinik biasa. Klinik hantar lab utk test paras tiroid normal atau tidak.

Anonymous said...

Haritu doktor pun ckp klu buang sebelah tak perlu mkn ubat.klu buang dua² baru kena mkn ubat seumur hidup.27/12/22 ni saya operate buang sebelah.harap semuanya lancar.

Anonymous said...

Saya pun ada tanya doktor pasal kos.kos dlm 13k ke 15k.27/12/22 ni nt saya operate buang sebelah.

Anonymous said...

Hospital kerajaan mmg lambat..klu stakat nak tahu benjolan tersebut ada sel cancer atau tak,baik la gi swasta.kos saya pergi haritu dlm 1k.kos tak termasuk operatoin.kos itu utk dia scan,suntik keluarkan cecair dlm bengkak tu utk hantar lab ngan tunggu keputusan.

Anonymous said...

xboleh.. saya dah 3 tahun tiriod.ingat makan ubat je boleh baik .x..dah 2 kali keguguran bayi .8 bulan dan 2 bulan lebih seba tiriod. kesan ubat tiriod buatkan kandungan xmenjadi