Jan 5, 2011

Triffle oreo ;)

hikhik...! lame giler tak tunjuk resepi kan kat blog nie...
nie nak tunjuk resepi baru....................jer buat.. kahkah3!

Triffle Oreo


Barang-barang yang korang perlukan:






Untuk Kuah:
1. 1 tin susu sejat. ape-ape jenama pun boleh. tapi kalau IDEAL lagi sedap rasenye.
2. 1 tin air buah-buahan @ koktail dalam tin. korang pegi la asingkan buah ngan air die.. jangan malas!
3. 4 sudu besar tepung castard. jangan letak lebih-lebih, kang keras lak kuah korang tu.
4. 2 sudu besar gula. kalau korang taknak manis takyah la taruk.. kalau korang giler manis, taruk la lebih sikit.




Untuk Jelly:
1 kotak jelly ape-ape jenama + air 400 ml. ikot korang nak perisa  ape. semua pun sedap


Untuk hiasan
1. 1 kek gulung @ swiss roll. ape-ape perisa pun boleh. ikot suke tekak korang...hee~
2. 3 biji buah kiwi di hiris. nak gantikan dengan buah lain pun boleh jugak. strawbery ker, dragon fruit ker.
3. Whipped cream. ni nak bagi cantik + sedap la triffle korang.
4. 6 keping biskut oreo. cream dibuang ok! nanti tak cantik... buang tu maksudnye masuk dalam perot korang la.. hahah. lepas tu hancurkan biskut jadi serbuk. 




ha.. tu jela yang aku rase kot.

cara-cara nak buat:


susun kek lapis korang kat dasar mangkuk kaca yang lutsinar. supaya layer tu boleh nampak cantik dari luar. letak la sikit buah-buahan sebagai hiasan.


lepas tu, masukkan ketiga-tiga bahan kuah tadi dalam periuk. jangan buka api dulu. kacau sampai larut baru bukak api yang kecil. korang yang buat first time, jangan la bukak api besar. tak masak lak custard tu. 



hahhaha.. gambar terbalik. lantak la. kacau dari awal sampai habis kuah tu. jangan tinggal tanpa di kacau. takot die jadi ketul-ketul. agak-agak die dah jadi macam kat atas nie, korang cepat-cepat tutup api. tapi still kacau lagi tau.



lepas tu tabur custard kat atas kek lapis tadi. ratakan la bagi nampak cantik. aippp!! jangan malas.. hheeh



letak la koktail atas custard tadi. baru sedap.. hee~




masak 1 kotak jelly dengan 400 ml air. kacau sampai mendidih. dah mendidih, tutup api, sejukkan kejap, lepas tu letak atas custard tadi. biarkan sejuk sekejap.



tadaa! nampak tak lapisan jelly n custard tu.. heheh.. maaf la.. burok sikit.


yang nie nampak sedap giloks! 


akhir sekali, korang letak whipped cream & biskut oreo yang dah hancur. hias sikit ngan buah kiwi! kan cantik tu.. hee~


selamat mencuba korang!!

Anggaran kasar bahan-bahan tu:
biskut oreo -RM2.00
koktail- RM 3.50
Jelly- RM 2.00
kiwi- RM 3.00
custard- RM 3.00
kek gulung- RM 4.00
susu sejat- RM 3.00
Whipped cream- RM 12.00
Total- RM 32.50. Boleh makan dalam 10 orang.

So, cuba la.. hee~ kalau korang suka masam, gantikan cream dengan yogurt.. lagi sedap okeyh!!

p/s: triffle nie dah menjadi kegilaan pakcik didie kite... kahkah3!


3 comments:

ayuebasri said...

waaa...mcm best jek...nak try juga la....ngehehe..tq for the recipe ye cik asz..

kema said...

hehehe..makin booolaaaat lah incik didie tuh..kih3

MisZteEN said...

ayue: try la.. sedap tau..


kema: haha.. bolat mcm bola dah perot die... keh3!