Mar 31, 2011

loser.. (=___=)

ok.
tadi hp padam. pastu baru perasan.
terus on hp.
tengok-tengok ada notification misscall.
terus nak bagi mesej la kat no penerima tu.
dah select kat no tu.
pastu tekan reply.
tulis "hye" sebab kawan.
pastu terus tekan send tanpa tengok sender yang sebenar.

 

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



tengok hp balik.
dapat mesej "hye".
sender dia sape??
mesti la no aku.
cis!!
giler loser.
terus gelak sorang-sorang. 




ok, korang pun mesti pernah rasa loser cam aku kan?? jangan nak gelak sama. damn~ (=___=)

mimpi huduh!

korang pernah mimpi tak bf korang kapel ngan kawan korang sendiri secara senyap-senyap?? korang selama ni jadi bodoh jer sebab korang sorang jer tak tau pasal hubungan diorang ni. diorang siap mesej senyap-senyap lagi.



haaa... 2 la mimpi aku pagi tadi.. dah 2 kali aku mimpi gitu. apa petandanye ekk?? baik ke tak?? ke ade something ke... waaa.. misteri ni! 



aku siap ingat lagi masa tu ade ape tah, macam dinner aku ngan bf aku datang. kawan aku tu pun ada skali. perghh.. tempat cantik giler. and bila masa bf aku pegi toilet aku saja la belek-belek hp dia. skali ade mesej masuk. 


 "emm.. b, jumpa kita sekejap dekat luar. rindu la". aku.... "what???". sebabno tu aku kenal. aku ape lagi. tunggu dia keluar toilet pastu aku tanya dia apa hubugan dia dengan member aku tu. dia kata mana de pape. aku ape lagi la, berambus dari situ. siap nangis laju-laju lagi. *hoi.. hyperbola betul.. kakaaka.








dia cari aku. tapi tak jumpa. aku lari kat sebuah bangunan ni. kira bangunan ni moden sangat kot. lif dia siap boleh pusing-pusing lagi. siap ada 3 pintu tau. ikot suke ko nak keluar belah mana.








pastu dia call. aku cakap "selama ni saya percaya kat awak. ini yang saya terima??". "cukup lah sampai sini hubungan kita. awak pegi la kat dia".






ok.. pastu dah lupa.. emm.. takde mood nak pikir. bye~




p/s: demmm~ kerja ni. ish..ish.. (T___T)

Mar 29, 2011

ade astro lak kan kat office. Jom kita layan~



semenjak kat tempat kerja baru ni, boleh la aku nengok astro. dah la semua chanel ade. ngahahaha. dah kata kerja ngan sub contract astro. haruslah layan. astro bagi decoder free la nak test. sebab bos aku kan kontraktor dia. selagi dia tak mintak, selagi tu la kita layankan ajeeerrr~




dah la astro beyond. semua channel HD pun ade. gambar dia lagi terang la. best2! sampai dah tak tau nak tengok cerita yang mana satu. kat ofFice cite yang aku layan:


  
muahahah. cite ni la. KIMORA LIFE IN THE FAB LANE. 



yer, best sangat-sangat! walaupun die punya season dah lame, aku still tengok gak. best ape! cerita ni pasal life seharian kimora lee sebagai CEO baby phat. dia fashion designer OK! pada masa yang sama dia jadi seorang ibu kepada 3 orang anak dia. biasa la, dah cerita artis, banyak lak kan adegan dramatiknye. dia dulu model beb! tu pasal cantik. comel kan.. kan. * gosip, haruslah tau. hahaha






ni pulak gambar family dia. anak dia yang pompuan tu nama Ming Lee n Aoki Lee. tapi bukan suami yang skarang la. suami first dia Russell Simmons. Anak dia yang ke-3 ni lak nama dia kenzo. lelaki. anak dengan suami dia skarang ni. Djimon Hounsou tu la husband dia skarang ni. muehehe.



dah nama pun diva, haruslah berlagak diva kan. dalam ni boleh la tengok muke dia yang kerek tu. apa yang dia mintak mesti kena dapat. banyak jer journey dalam hidup dia ni. so, boleh la motivatekan diri ni nak jadi macam dia. wanita berkerjaya kan..kan. 



so, kalau korang nak tengok tu bole la pegi ke chanel 712 E!. kalau yang takde tu mintak maaf ler. sila la subscibe yer. hee~ 










Mar 28, 2011

Lelaki terhensem aku ada dalam video klip ni. yeeaa!



sape yang tak kenal lelaki terhensem bagi aku kan.. kan?? hahaha. *gediks!. sapa lagi, zahiril adzim la. ehem2. the macho man dalam video nie. suke betol tengok die. lalalalala * fan kipas mati zahiril ni. (=__=)


bagi aku, lagu tolong ingatkan aku ni banyak maksud tersiratkan. lirik dia pun puitis jer. tu sebab anna rafalli boleh menang AJL 2010. 






So, jom korang layan video klip ni. nyumnyum~
 



s

Mar 25, 2011

tip: nak kurus (cara aku)

pergh!! bajet hot jer kan nak bagi-bagi tips ni. macam la kurus sangat. ok, memang kurus pun =_=. dah rasa macam rangka skeleton bergerak pulak. ngehehe.


 
cer tengok. cer tengok.. haaa. ada sape-sape nak kurus macam aku tak?? tapi jangan la sampai jadi rangka lak kan. kang mampuih kena perambat dengan kayu. orang ingat hantu.. kah3!



ok-ok.. stat.. one.. two.. three (^__^)



(^__^) banyak kan minum air masak @ air puteh @ air suam sebab membantu pengaliran bendalir dalam badan korang. masa bangun tidur tu, pegi dapur, pastu minum air suam segelas tanpa gosok gigi atau makan ape-ape. ni petua yang aku dengar la. elakkan minum air gas sebab air gas @ karbohidrat mengandungi banyak gula. nanti korang rasa lemah tak bermaya. so elakkan!



(o___O) jangan skip sarapan yer adik-adik.. hwee~ sebab sarapan tu penting untuk perot korang. jangan biarkan perot korang bebunyi keroncong lak. kang malas lak perot korang nak bekerja. bila perot malas nak bekerja, tu yang kadar metabolisma pun kurang ok. at least makan la kuih 2 biji. tu pun ok.. tapi aku takde la makan nasi lemak tiap-tiap pagi. nanti domok la jawabnye. bila kita sarapan, kita rasa kenyangkan. n bila kita kenyang, maknanya kurang la kita makan tuk tengahari. so, elakkan makan terlebih masa tengahari yer~




(@___@) makan sayur hijau banyak-banyak yer. sayur lain pun ok gak macam kobis bunga, lobak n pucuk jagung. baik tuk pencernaan perot korang. awet muda lagi. ulam-ulam adalah digalakkan. aku suka betul ulam pucuk salom, ulam raja ngan kacang botol. sedap weh.. lagi-lagi cicah sambal belacan. perrgghhh!! mantap siot! 



(#___#) buah-buahan pun perlu tuk sihatkan badan. kasi sikit vitamin C kat badan korang tu. bagi aku tak kisah la berapa kali korang nak makan buah-buahan n banyak mana, tapi at least sekali seminggu kena makan tau. ajar badan kita ni nak terima benda-benda yang sihat. lagi2 epal hijau, anggur, oren n macam-macam lagi. beli jer kat pasaraya @ pasar malam tu. berlambak weyh!



($___$) ok, aku admit la aku jarang senaman. lagi best tido kan =__= demm~. tapi...tapi... aku akan pastikan seminggu skali la aku buat senaman lompat bintang 20 kali. hehehe. sebab aku suka sangat melompat. korang pun boleh ajak anak buah korang sama-sama melompat. hee~ pastu dalam bilik air nun korang rerajin la tahan perot pastu angkat kedua-dua tangan letak kat hujung kaki sambil kaki lurus. buat dalam keadaan menegak. tak sampai kat kaki pun takpe. janji tangan n kaki lurus yer. buat la dalam 10 kali pun ok. bagi keluar angin-angin dalam perot tu.


(=___=) yang penting jangan la korang makan lewat malam. sebab makan lewat ni yang buat badan korang naik ngan mendadak. dan juga perot membuncit seperti ibu-ibu mengandung =__=. cuba train badan korang makan malam sebelum 10. sebab nanti makanan tak siap cerna korang dah berangan-rangan nak tido. cam mane tu. ala, kat hostel dulu boleh jer makan kul 7 kan...kan.tak lawa la kan kalau pakai baju cantik-cantik tapi kat perot.. err..errr. hampeh!



ok, tu jela nak kongsi. nanti kalau aku ingat aku aku tambah-tambah ape yang patot. kalau ade orang nak la kan. daa~



p/s: jangan la korang ekstrem sangat nak kurus. kang merana badan tu. anaroxia lak aku tengok kan. huahuahua

earth hour! sokong la (^___^)

yuhuuu korang~


earth hour esok kan?? dari kul 8.30 malam sampai 9.30 malam. so, korang-korang tu sila la support. padamkan lampu n semua peralatan elektrik. bagi bumi berehat selama sejam. kalau ramai-ramai sokong berhasil jugakkan.






ingat lagi masa first year kat terengganu. satu hostel pakat-pakat tutup lampu. syokk ooo.. dah macam pesta lak. pastu sambil-sambil tu nyanyi lak ngan rummate memasing kan. hahaha. sembang-sembang kosong. memang best!






bila lagi korang nak bagi bumi kita ni berehat?? bumi dah tua tau. tu sebab banyak gempa bumi, tsunami terjadi. so, jangan paksa dia. * eh, dah macam orang tau main paksa-paksa. hahaha. korang mampu mengubahnya * dah macam iklan jalan raya jerk!




nah, pergi jer laman web ni tuk keterangan panjang lebar~ earth hour










p/s: sayangi bumi kita. jangan rosakkannya! (^__^)

Mar 24, 2011

baru balik dari memerah keringat!

wah! tajok cam gampang jer. hahaha. ok, sebenarnye aku baru balik dari interview. interview ape?? ala.. pasal program intership la weh. tapi ni takde kaitan ngan bidang aku. Jauh bebenor la ghasenye.





bidang dia lebih terarah kat ICT program. laah. benda-benda kearah IT la weh. zaman dah maju la katakan. tapi aku tak maju gak =_=.




nad la ajak join benda ni. aku sesaje la pegi kan. orang kata nak rasa pengalaman kena interview. perghhh!! gua cakap lu. macam cacat la menjawab dalam BI. habis tunggang-langgang semua ayat. plus nervous pulak. memang cacat sungguh la!




garang gak la interviewer dia. wawawa.. tapi aku cuba gak! sekali dapat. program dia 5 bulan. 3 bulan kursus 2 bulan praktikal kat tempat yang bakal kita kerja. tapi kena la buat dengan sungguh-sungguh kan. elaun pun dapat rm500. dekat pun dekat, kat puchong jer.








tapi... masalahnye aku dalam dilema ni. lama kot 5 bulan. plus boleh ke aku bawak subjek ni. memang lari bidang sungguh. takdo duit la eden. eeemmm.. korang rasa aku patot cuba ke tak?? cepat-cepat bagi pendapat sebelum isnin ni.. waaa~ macam minat.. tapi macam tak minat. demm~ T___T.






p/s: tak koje takdo duet la eden. tapi pengalaman pun penting gak kan??



 

Mar 22, 2011

Kamal Adli menyanyi la pulak (o.O)




kamal adli menyanyi?? sedap ker?? cuba korang dengar..


Ku Syok Kat Dia by Cat Presents Prod.



wahahah... best jugak kan lagu ni.. boleh la nak layan. catchy sikit. ade ala-ala broadway kan..kan.. tajuk pun kiut. ku syok kat dia.. wkakakaka




tak kenal kamal adli?? ala... pelakon drama la weyh! boyfriend intan ladyana tu. tangkap leleh tengok muke mamat ni. hensem woo~ *cepat cair (T__T)



ni percubaan pertama dia nak menyanyi. so, give him support! suara pun best! ngeheheh. * gatal (X__X) owh!! tetiba nak layan lak lagu macam ni. 


credit to ohbulan.com

so, adios!


p/s: nard nerd suke kat die kan.. kan.. so, ko layan la lagu ni.. ngeheheh 

Mar 19, 2011

Man Menang Juara Raja Lawak 5 (^___^)

Salam n hye!

heheh. tekaan wa betul lah! Man menang Raja Lawak 5!!!! yeah!... anda layak Man! malam tadi lawak dia menjadi betul. pecah perot gelak.. huehue~


nak tengok gambar man??? comel jer die.. ala2 chubby gitu.. heheh



baru tau die kerja posmen. wah! hebat sungguh nokss!  dia try masuk audition dari raja lawak musim satu sampai la yang ke-5 ni. alhamdulillah rezeki dia. tahniah Man!




dia tak la buat lawak merepek ke, lawak bodoh ke ape ke.. tapi lawak dia ade mesej! yang first, jangan masuk kongsi gelap. nanti gelap la masa depan korang. hahahaha. dia buat stail dialek cina. hahah. ade ke dia sunatkan ajE lalat tu, bukan bunuh. ish3!




yang lawak ke-2 tu lagi best! dia siap nyanyi lagi. pasal REMPIT. hahaha
ade dia bagi tau maksud dari huruf R sampai T. tapi aku lupa dah. memang kena la perkataan yang dia buat tu. hee~ yang ni mesej dia jangan la dok merempit weh. takde pekdah sebab membazir masa, duit ngan berbulu mata mak tengok. kah3!




you superb Man! semoga kejayaan sentiasa bersama kamu. amiin. tak sabar rasanya nak tunggu Maharaja Lawak! memang lawak tak kering gusi gak ker?? hee~



p/s: aku suke time raja lawak yang man pakai macam jonny deep dalam cite charley n the chocolate factory. hahaha. sungguh lawak ngan kostum gitu. sumil jer. lalalala








Mar 18, 2011

siapa menang raja lawak + video selamat tinggal (^__^)

hola. semua!
malam ni kan final raja lawak 5. haruslah tengok. agak-agak sape yang menang?? man ke... balas ke atau R2??



aku mesti la sokong man! hahah. dia memang lawak bangat. plus lawak dia bervariasi. suke-suke (^__^).



R2 pun best! mantop gitu. sempoi je lawak dia. boleh buat pecah perot la kalau tengok diorang buat lawak. Balas pun ok gak. seng..seng! hahahaha. tapi yang penting, man tetap the best!! hahaha.



nah. kat bawah ni video official zizan raja lawak feat dina DJ era tu. Sedih beb lagu die. tengok video klip ni feeling-feeling sedih gitu. harus lah korang tengok!!!



lagu dia pun sedap je kan dengan. ala-ala sweet gitu! ok lah! balik ni cepat-cepat duk depan TV sambil tengok raja lawak 5 ok! mesti tak kering gusi korang punya layan lawak diorang. daaa~






p/s: comel je zizan dalam ni.. huahuhua (^__^)
 

Mar 17, 2011

lelaki terhensem aku nak bertunang! waa :((

owhh!! kuciwa sungguh! lelaki terhensem bagi aku dah nak bertunang. boleh tengok balik entry ni...lelaki terhensem bagi aku.



yer... Encik Zahiril Adzim a.k.a macho man.. (muehehe) dah nak bertunang. ni aku dapat tau dari web era.fm tadi! korang boleh baca artikel kat bawah ni. waaaa... *lap idung dengan tisu. (T___T)


Zahiril Adzim nak bertunang...


Oleh Syakireen Othman


*owh macho man ku *wink.. wink



Heboh dengan kisah perceraian, kita beralih pula kepada kisah yang menggembirakan. Pelakon yang dikenali menerusi drama ‘Kami’ iaitu Zahiril Adzim yang pernah dikaitkan dengan Liyana Jasmay suatu ketika dahulu khabarnya bakal bertunang dengan kekasih pilihan hatinya yang merupakan seorang personaliti televisyen di sebuah stesen televisyen swasta iaitu Shera Ayob.



Jika para pembaca masih ingat, Shera ini merupakan bekas kekasih kepada pelakon Kamal Adli yang kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama Intan Ladyana. Menurut salah seorang sumber yang boleh dipercayai, Zahiril Adzim bakal mengikat tali pertunangan bersama Shera pada bulan Mei yang akan dating ini.



Khabarnya mereka sedang sibuk menjalankan persiapan pertunangan ketika ini. Diharapkan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke jinjang pelamin. Semoga ikatan pertunangan yang dijalinkan kelak memberi seribu kebahagiaan buat pasangan sama padan ini.

credit to era.fm

Ni baru bertunang dah buat ku kuciwa. pas ni nak nangis jauh-jauh kalau dia kawin. waaaa~ sapa lak nak jadi lelaki terhensem lepas ni. hehehe




apa-apa pun, for both of you. selamat bertunang ikhlas dari hati i ni. and semoga hubungan korang sampai ke jinjang pelamin!




tak kenal sangat shera ayob. meh nak google sikit! ok, dah jumpa. comel jugak orangnye.. heheh. pelakon jugak ker??






heart you la zahiril adzim!!!! (T__T) *kipas susah mati.




p/s: tinggal 2 lelaki terhensem bagi aku ni. lepas ni sapa lak  nak tunang n kawin?? farid kamil ke pakcik didie??? lalalalala





Mar 15, 2011

test power dengan heartbeat!

yeay! akhirnya berjaya jugak aku nak pasang heartbeat ni. kalau korang nak bagi hadiah kat kawan ker, boyfriend ke, girlfriend ke, mak ayah atau sape-sape jer. click aje kat banner iklan kat atas n tepi blog ni. kat bawah ni pun boleh klik. banyak sample weh! cantik-cantik.









sapa taknak duit kan?? senang-senang je korang boleh dapat duit kalau korang pasang iklan heartbeat ni dalam blog korang. cara nak pasang pun sangat senang.  blog cikepal ada tunjuk tutorial macam mana nak pasang heartbeat ni. klik jer.




blog yang traffic tak kencang macam aku ni lagi la boleh pasang. cuma kena rajin-rajin promote la kawan-kawan. baru la income naik. mueheeh. sila-sila sign in kat bawah ni yer.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!





pergghh!! t-shirt couple tu comel giler. rasa macam nka rembat satu jer. tunggu dapat gaji la. heheh






puzzle pun ade jual. siap dalam macam-macam saiz lagi n nak letak gambar apa pun boleh. comel kan.. comel kan..



so, ape lagi korang. cepat la psang iklan ni!! n jangan lupa shopping kat sini yer. (^__^)

Mar 14, 2011

uweekk! geli nak makan telur rebus dah!

eeyy! nak menaip pun dah rase loya.. hoho. korang pernah ke makan telur rebus dalam dia siap ade kepak ayam lagi????




wah. tu pengalaman mengerikan yang aku pernah lalui. hari tu teringin benar la kan nak makan telur rebus. terus tengok dalam freezer ade ke tak telurnye kan. tengok2 ade la telur ayam kampung yang ayah aku beli nak buat berubat. ape lagi, bedal la kan. cicah kicap sodap nih!




lebih kurang 4 biji jugak la aku rebus. dah siap2 rebus terus la kopek kulitnya. pergghh!! wa cakap lu, nampak lazat sungguh. nyam-nyam.




2 biji bagi adik aku, yang lagi 2 biji adku bedal la. hancur-hancurkan telur pastu siap buh kicap campur lada sulah lagi nak bagi sodap!




suapan pertama, perggghh! nikmat. suapan kedua, ketiga ok lagi. suapan ke 4.... waaarggghh!!!




asal ada kepak anak ayam ni??? siot jer! spoil betul mood nak makan. terus la aku memuntahkan kesemua yang dah telan tadi. azab weehh!! geli tekak! terus la buang dalam tong sampah! ok, yang adik aku makan aku tak cakap apa-apa la kan. lalala~ whaha *jahat.





lepas dari kejadian yang tragik tu, terus dah takmo makan telur ayam. asal tengok orang makan telur goreng ke, ape ke, terus rasa nak muntah. sumpah seksa weh! tak bila la nak elok selera kan.




pengajarannya, jangan la ko dok ambik sembarangan telur nak makan. telur ayam kampung mana la nak sterile kan. tapi, yang kat kedai tu pun takleh percaya kan. diorang jual stok lama ke. kang termakan telur tembelang lak.. uweeekk!!






alala.. kalau keluar anak ayam macam ni sebelum aku masak kan comel. muahaha. terus nak bela buat kawan kat bibot (rabbit aku) tu. haahha



p/s: lepas ni korang offer la nak makan telur, terus aku tolak tanpa ragu-ragu!





Mar 11, 2011

Saga FL cun!





ehem-ehem. kereta idaman skarang. bila la boleh dapat kan.. kan. suke ciri-ciri yang ada kat kereta ni. murah n berkualiti. yang penting, BUATAN MALAYSIA!




skarang kan keluar model baru saga. Saga FL (facelift) cun wooOO.. kalao wa bawak mau lak jadi minah kereta kan..kan. dah la body sporty, sport rim pun cun siot!




lagi satu cc die 1.3cc.wah! ini sudah bagus! boleh bawak laju-laju.. hehe. aku paling suke la warna kat atas ni. mau kumpul duit banyak-banyak.. eh! kalau dah ade boleh la bawak korang pulak kan.. JOM jalan!





p/s: doakan aku murah rezeki yer.. lalalala~




Mar 9, 2011

Wah! Bestnye Melaka!



ok2.. di sebabkan terpakse n dipakse oleh kawan-kawan, haruslah buat entry aku jalan-jalan kat melaka. *slalu aku update 2 bulan lepas tu.. hahaha. nasib la korang. suke yer aku buat entry lawak-lawak.. hee~




lepas kenduri kat umah ayue, dalam pukul 3, kitorang gerak cepat-cepat la nak pegi bandar hilir kan.. yela.. nak beli cencaluk.. cencaluk n cencaluk.. hahaha.on the way nak pegi melaka pun siap pesan ngan zuzoo "ingatkan aku yer nak beli cencaluk kat melaka nannti, mak pesan". last-last bende tu yang aku lupe nak beli. hahaha




so, dari rumah ayue tu aku ikot gerak hati jer drive. mane la tau jalan. tanya pengikut-pengikut dalam kereta tu lagi la. hampeh!! langsung tak tau. berbekalkan gerak hati yang bajet betul ni, sampai jugak ke bdr hilir! yeah!*ok, sebenarnye tengok signboard T__T . dalam kereta dah berlemuih dengan peluh.





sampai jer terus parking tepi jalan. haruslah berdoa supaya tak kene saman kan.. yela. tempat orang, takot kang melayang lak fulus! hee~
dah2.. rentikan membebel tu. jom layan gambar~~



sampai-sampai jer terus tangkap pic pakcik ni.. comel jer.. heehehe
ala.. tak dapat naik beca la.. lain kali yer! rm20 kalau nak ronda2 satu melaka ni tau!


gambar dengan kapal besar harus lah ada. tak sempat nak masuk. panas kot cuaca kat situ. kalo perah baju maunye sebaldi peluh dapat.. kah3!
ok, teringat waktu rombongan dulu. mesti la pegi sini kan..kan T__T


gambar bajet pelancong haruslah ada.
padahal makan kedondong jer pun. hahah
 tengah2 panas ni tekak pun haus n lapar.



menara taming sari. satu pembangunan yang pesat yer kat melaka ni. tak naik pun. lain kali haruslah naik sebab boleh tengok satu bandar melaka ni. rm10 kalau tak silap. *rupe dah macam solero shot kat genting tu. nasib la tak turun laju-laju. mengerikan TT_TT





lepas beli barang kat sebelah bangunan kapal tu *tak ingat lak nama bazar tu, perot lak lapar. dah siap ngidam asam pedas melaka lagi. memang terbaik la! cuma mahal sikit rm7 semangkuk + nasi putih. korang kalau tau tempat murah n sedap nak makan asam pedas rodger2 jer kat aku eh! maveles!!!




ok. yang sedapnye lauk kat atas meja tu eh! bukan orang-orang yang kat belakang tu.. hahah. tu pasal gambar sekerat jer.. lalalala







waktu kecik-kecik dulu kan slalu naik kereta lembu kat padang pahlawan ni. skarang tinggal kenangan jer T__T ade replika lembu je.  jadi la kan. ok, aku lagi comel dari lembu tu kan..kan..hahaha



bila ada 2 ekor lembu, haruslah ada 2 orang tuannye.. hahah
melaka=kereta lembu.
ala.. rindunye nak naik!!



gambar poyo berdua dengan pakcik haruslah ada.
pakcik sedang berposing macho yer kawan-kawan.. hahaha
tapi..tapi.. perotnya dong! adess! T__T sila cover yer perot tu pakcik!



gambar nak melompat tapi tak termampu nak lompat sebab terlebih muatan. hahah.. jadi la kan kalau sebelah kaki jer yang lompat.lalalala



permaisuri menyuruh askarnya menyerang portugis! yeah!
yang kat blakang tu dayang yer tuan puan.. hee~



dilarang meniru aksi ini kalau korang tu under age. hahaha
bapak panjang muncuk tu. boleh siap sangkut hanger lagi!




di depan kota A`famosa. dulu warna batu tu macam lain jer.. ke aku yang salah tengok ni T__T


aksi candid askar dan dayang istana yer.
amboi, sungguh asyik mereka yer. nak kena ni! hahah




ok! naik tangge ni paling penat skali. haissh!! tinggi ooOO.
padahal dah lame tak bersukan. tu yang semput tu.. domok!!!

aksi bebudak lelaki bile nak kene posing.
haruslah tak pandang kamera kan. dah agak dah!
gambar poyo korang neh! kat sebelah tu barang2 yang aku shopping la.
tak sempat beli cencaluk pun. terus tak ingat bila dah kecikk..kecikk! *bunyi menangkap gambar dengan kamera. dem~



pic yang bajet kapten la neh!
sebelah Alfonso de al..al.. ok! sila bukak buku sejarah!
ari tu tak sempat nak mendalami sejarah. keje nak menangkap gambar jer. hehehe



ni die! si askar membuat muke doraemon. hahaha
ko ingat ko comel buat begitu? asal tunjuk pipi tembam tu?? hahaha



bila nak menggedik, haruslah ajak pakcik ni same.
supaya menjadi double gedik.. muahahaha
dah macam orang thailand jual barang lak aku tengok pakcik ni. hahah



hahah. gambar love gomok yang tak jadi.
dah macam bentuk telur ayam aku tengok.
alamak! pakcik menunjukkan adegan censored di situ!
tutup mate cepat! T__T




pakcik ni memang peramah. siap bagi tau lagi mana tempat best nak lawat.
die kata naik la cruise time malam. cantik!
tapi kitorang dah nak balik. lain kali la.



wah! dah macam cover album lak kan..
cantik-cantik hoiiyeeh!



bandar melaka dari pandangan atas bukit!
damai jer rase kan.. kan
nak pegi lagi please!



gambar dengan muke berlemuih, ketiaq becah n rambut yang basah! heheh
sempat lagi senyum2 tu. dalam hati berkata, "kalau la ada si kakak menjual tisu tadi, alangkah baiknye. boleh menyapu ape-ape yang patot." pfff T__T




gambar sebelum pulang.
kat atas jambatan yer. ade lagi tempat tak sempat nak lawat.
sakit kaki dol. dah la aku gak yang drive. hampeh!



owh! rambut pontianak terkeluar di situ.
larriikk!!



gambar last yang bajet-bajet suuweet la tu.hhahh
ok! memang suuweet pun T__T


last-last cencaluk tak berjaya dibeli sebab terlupa. balik rumah penuh kehampaan T__T. ok, cikayue, please postkan cencaluk yer~



kalau korang nak pegi lawat-lawat melaka ni, better la tido satu malam kan. boleh pergi jonker walk, ayer keroh, err jusco melaka mungkin. hee~
kalau tak, pergi pagi balik petang. baru la syok wooo!




drive dari KL pun tak sampai 2 jam. dekat jer. tapi kalau korang bawak laju sikit dari kure-kure ade la 3 jam sampai. hahah~
ikot susur keluar ayer keroh. setengah jam jer pergi bandar melaka.
tapi sama gak macam KL, melaka pun banyak traffic light. hampeh~



ok la. next time nak pergi zoo melaka n taman buaya lak. time rombongan dulu pun pegi situ gak. heheh pakcik, JOM!



p/s: first time kot mak bagi gi enjoy jalan-jalan ngan kawan-kawan sambil ber drive sendiri. gagah weh! next trip please!!!!



Mar 7, 2011

tahniah ayue!! first-budak-umah-oren-dah kawen.

yer... seperti yang dijanjikan.. entry kawen cik ayue menjelma..hee~
macam biase.. kitorang gerak dari umah kul 8 pagi lebih.. ambik cik linda kat putrajaya pastu nak cari jalan keluar ke highway PLUS punye la sesat.. terus masuk kat bangi.. hahaha




semua ikot gerak hati jer.. main redah.. keh3! last2 jumpe tol bdr br bangi. Alhamdulillah.. dengan kelajuan takla macam schumaker sangat, sampai la kitorang kat tol simpang empat tu pukul 11 pagi. Lepas tu tunggu la tunang incik linda kite ni. hahah.. siap die boleh gi basuh kereta lagi. ingat kitorang lambat lagi.





harus la bersemangatkan bile pergi kenduri kawen! especially kawan sendiri kawen kan..kan.



sambil menunggu encik tunang linda, sempat posing2 lagi tu.. hahaha





owh.. gambar bajet ayu-sambil-memakai-baju-kurung harus la ade.. kah3!
ada rupa macam nak terbang ker aku nie?? nampak kurus tak?? padahal baju besar T___T.






cantikkan ayue?? dah macam artis tau.. comel jer.. hee~
linda-ayue-zuzoo





yes! yes! gambar dengan pengantin harus lah ade.. hee~
baru orang kate dapat berkat hahahaha *gelak jahat






ayue n sepupunye ke or makcik die.. dah tak ingat dah..
tapi dua-dua cantik. sepupu/makcik ayue tu pandai senyum.comel jer. ayue lak muke nervous.. hee~




disebabkan fotographer mereka ni tak sampai-sampai lagi, kitorang la jadi fotographer bidan terjun. yela.. dah pakai cantik-cantik haruslah posing kan! tengok tu.. gaya model tau.. hee~






hahaha.. gambar ni la kema paling jeles.. muahaha.
sorry yer kema. tak dapat join. tu la, sape suh tak bawakkan kitorang nasi lemak atok kema buat.. hahaha






yes! gambar lagi. hari tu memang jadi giler posing bagai.
zuzoo-aku-linda-kema-kawan ayue+kema "alamak, tak ingat lak name die.. hee~






ok, nie baju nak bersanding.. cantik kan..kan.. biru filus yer ker fulus. hentam saje la labu.. hee~
time ni pun ayue cantik juge!







heheh.. bertemu suami masing2. siap cium-cium tangan gitu di bawah mentari terik. habis basah segala baju kitorang demi cik ayue ni.. sob3!




ok, bila dah basah..  harus lah lap kan.. hee~
sile terjah di gambar tu yer. kelihatan cik linda menjual tisu berharga seposen selai bile waktu2 genting macam ni T__T. muke beliau sangat gembira sebab tisunye habis di jual~






yer~ coursemate kimia yang datang.. thanks yer kawan2. *eh2.. terbajet pengantin lak :)
nuar n adib yang membawa kereta masing2.. beso oooWW kereta mereka.. hehhe 




comel jer cikayue membuntangkan matenye.. hee~
tu la suami beliau.. encik amdan. sila jaga cik ayue dengan baik.. sob3.
dia majuk pujok tau.. nanti mengandung, jangan biar die tak dapat benda yang dia ngidam. kang meleleh jer ayer liur anak korang nanti.. hee~





gambar ni la kitorang tunggu2 dari kul 12-3 tau.. siap dah salam2 ngan mak ayue nak balik. sebab rasa silat n kompang lama sangat.. heheh~
berpeluh ketiak ni *eerr.. sebut lagi.. T_T
nasib baik ade gambar ngan pengantin.. hee~





hee~ thanks pakcik yang sudi ikot walaupun beliau banyak kerja.. hee~
dan.... lepas tu.. harus lah sambung episod 2!!
jalan-jalan di bandaraya Melaka. serius... jalan-jalan jer..
tak sempat naik beca. ok la.. next entry coming!
*kalau rajin. muahaha



p/s: pesat membangun Melaka yer. daripada padang pahlawan dah jadi macam2 bangunan kat situ!
tak puas kot jalan2 3 jam jer.. nak lagi.. nak lagi please!