Mar 31, 2011

loser.. (=___=)

ok.
tadi hp padam. pastu baru perasan.
terus on hp.
tengok-tengok ada notification misscall.
terus nak bagi mesej la kat no penerima tu.
dah select kat no tu.
pastu tekan reply.
tulis "hye" sebab kawan.
pastu terus tekan send tanpa tengok sender yang sebenar.

 

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



tengok hp balik.
dapat mesej "hye".
sender dia sape??
mesti la no aku.
cis!!
giler loser.
terus gelak sorang-sorang. 




ok, korang pun mesti pernah rasa loser cam aku kan?? jangan nak gelak sama. damn~ (=___=)

mimpi huduh!

korang pernah mimpi tak bf korang kapel ngan kawan korang sendiri secara senyap-senyap?? korang selama ni jadi bodoh jer sebab korang sorang jer tak tau pasal hubungan diorang ni. diorang siap mesej senyap-senyap lagi.



haaa... 2 la mimpi aku pagi tadi.. dah 2 kali aku mimpi gitu. apa petandanye ekk?? baik ke tak?? ke ade something ke... waaa.. misteri ni! 



aku siap ingat lagi masa tu ade ape tah, macam dinner aku ngan bf aku datang. kawan aku tu pun ada skali. perghh.. tempat cantik giler. and bila masa bf aku pegi toilet aku saja la belek-belek hp dia. skali ade mesej masuk. 


 "emm.. b, jumpa kita sekejap dekat luar. rindu la". aku.... "what???". sebabno tu aku kenal. aku ape lagi. tunggu dia keluar toilet pastu aku tanya dia apa hubugan dia dengan member aku tu. dia kata mana de pape. aku ape lagi la, berambus dari situ. siap nangis laju-laju lagi. *hoi.. hyperbola betul.. kakaaka.








dia cari aku. tapi tak jumpa. aku lari kat sebuah bangunan ni. kira bangunan ni moden sangat kot. lif dia siap boleh pusing-pusing lagi. siap ada 3 pintu tau. ikot suke ko nak keluar belah mana.








pastu dia call. aku cakap "selama ni saya percaya kat awak. ini yang saya terima??". "cukup lah sampai sini hubungan kita. awak pegi la kat dia".






ok.. pastu dah lupa.. emm.. takde mood nak pikir. bye~




p/s: demmm~ kerja ni. ish..ish.. (T___T)

Mar 29, 2011

ade astro lak kan kat office. Jom kita layan~



semenjak kat tempat kerja baru ni, boleh la aku nengok astro. dah la semua chanel ade. ngahahaha. dah kata kerja ngan sub contract astro. haruslah layan. astro bagi decoder free la nak test. sebab bos aku kan kontraktor dia. selagi dia tak mintak, selagi tu la kita layankan ajeeerrr~




dah la astro beyond. semua channel HD pun ade. gambar dia lagi terang la. best2! sampai dah tak tau nak tengok cerita yang mana satu. kat ofFice cite yang aku layan:


  
muahahah. cite ni la. KIMORA LIFE IN THE FAB LANE. 



yer, best sangat-sangat! walaupun die punya season dah lame, aku still tengok gak. best ape! cerita ni pasal life seharian kimora lee sebagai CEO baby phat. dia fashion designer OK! pada masa yang sama dia jadi seorang ibu kepada 3 orang anak dia. biasa la, dah cerita artis, banyak lak kan adegan dramatiknye. dia dulu model beb! tu pasal cantik. comel kan.. kan. * gosip, haruslah tau. hahaha






ni pulak gambar family dia. anak dia yang pompuan tu nama Ming Lee n Aoki Lee. tapi bukan suami yang skarang la. suami first dia Russell Simmons. Anak dia yang ke-3 ni lak nama dia kenzo. lelaki. anak dengan suami dia skarang ni. Djimon Hounsou tu la husband dia skarang ni. muehehe.



dah nama pun diva, haruslah berlagak diva kan. dalam ni boleh la tengok muke dia yang kerek tu. apa yang dia mintak mesti kena dapat. banyak jer journey dalam hidup dia ni. so, boleh la motivatekan diri ni nak jadi macam dia. wanita berkerjaya kan..kan. 



so, kalau korang nak tengok tu bole la pegi ke chanel 712 E!. kalau yang takde tu mintak maaf ler. sila la subscibe yer. hee~ 










Mar 28, 2011

Lelaki terhensem aku ada dalam video klip ni. yeeaa!



sape yang tak kenal lelaki terhensem bagi aku kan.. kan?? hahaha. *gediks!. sapa lagi, zahiril adzim la. ehem2. the macho man dalam video nie. suke betol tengok die. lalalalala * fan kipas mati zahiril ni. (=__=)


bagi aku, lagu tolong ingatkan aku ni banyak maksud tersiratkan. lirik dia pun puitis jer. tu sebab anna rafalli boleh menang AJL 2010. 






So, jom korang layan video klip ni. nyumnyum~
 



s

Mar 25, 2011

tip: nak kurus (cara aku)

pergh!! bajet hot jer kan nak bagi-bagi tips ni. macam la kurus sangat. ok, memang kurus pun =_=. dah rasa macam rangka skeleton bergerak pulak. ngehehe.


 
cer tengok. cer tengok.. haaa. ada sape-sape nak kurus macam aku tak?? tapi jangan la sampai jadi rangka lak kan. kang mampuih kena perambat dengan kayu. orang ingat hantu.. kah3!



ok-ok.. stat.. one.. two.. three (^__^)



(^__^) banyak kan minum air masak @ air puteh @ air suam sebab membantu pengaliran bendalir dalam badan korang. masa bangun tidur tu, pegi dapur, pastu minum air suam segelas tanpa gosok gigi atau makan ape-ape. ni petua yang aku dengar la. elakkan minum air gas sebab air gas @ karbohidrat mengandungi banyak gula. nanti korang rasa lemah tak bermaya. so elakkan!



(o___O) jangan skip sarapan yer adik-adik.. hwee~ sebab sarapan tu penting untuk perot korang. jangan biarkan perot korang bebunyi keroncong lak. kang malas lak perot korang nak bekerja. bila perot malas nak bekerja, tu yang kadar metabolisma pun kurang ok. at least makan la kuih 2 biji. tu pun ok.. tapi aku takde la makan nasi lemak tiap-tiap pagi. nanti domok la jawabnye. bila kita sarapan, kita rasa kenyangkan. n bila kita kenyang, maknanya kurang la kita makan tuk tengahari. so, elakkan makan terlebih masa tengahari yer~




(@___@) makan sayur hijau banyak-banyak yer. sayur lain pun ok gak macam kobis bunga, lobak n pucuk jagung. baik tuk pencernaan perot korang. awet muda lagi. ulam-ulam adalah digalakkan. aku suka betul ulam pucuk salom, ulam raja ngan kacang botol. sedap weh.. lagi-lagi cicah sambal belacan. perrgghhh!! mantap siot! 



(#___#) buah-buahan pun perlu tuk sihatkan badan. kasi sikit vitamin C kat badan korang tu. bagi aku tak kisah la berapa kali korang nak makan buah-buahan n banyak mana, tapi at least sekali seminggu kena makan tau. ajar badan kita ni nak terima benda-benda yang sihat. lagi2 epal hijau, anggur, oren n macam-macam lagi. beli jer kat pasaraya @ pasar malam tu. berlambak weyh!



($___$) ok, aku admit la aku jarang senaman. lagi best tido kan =__= demm~. tapi...tapi... aku akan pastikan seminggu skali la aku buat senaman lompat bintang 20 kali. hehehe. sebab aku suka sangat melompat. korang pun boleh ajak anak buah korang sama-sama melompat. hee~ pastu dalam bilik air nun korang rerajin la tahan perot pastu angkat kedua-dua tangan letak kat hujung kaki sambil kaki lurus. buat dalam keadaan menegak. tak sampai kat kaki pun takpe. janji tangan n kaki lurus yer. buat la dalam 10 kali pun ok. bagi keluar angin-angin dalam perot tu.


(=___=) yang penting jangan la korang makan lewat malam. sebab makan lewat ni yang buat badan korang naik ngan mendadak. dan juga perot membuncit seperti ibu-ibu mengandung =__=. cuba train badan korang makan malam sebelum 10. sebab nanti makanan tak siap cerna korang dah berangan-rangan nak tido. cam mane tu. ala, kat hostel dulu boleh jer makan kul 7 kan...kan.tak lawa la kan kalau pakai baju cantik-cantik tapi kat perot.. err..errr. hampeh!



ok, tu jela nak kongsi. nanti kalau aku ingat aku aku tambah-tambah ape yang patot. kalau ade orang nak la kan. daa~



p/s: jangan la korang ekstrem sangat nak kurus. kang merana badan tu. anaroxia lak aku tengok kan. huahuahua